Entry: wahai diri..mulalah. bermula semula~ 10/1/2009



“Ya ALLAH, aku memohon kerinduan untuk bertemu dengan MU.. Ya ALLAH hiasilah kami dengan hiasan iman, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang diberi petujuk dan memberi petunjuk…” (Riwayat An-Nasaie)

 

Wahai hati, adakah merasa rindu kepadaNYA? Wahai hati, adakah ingin pada perhiasan lainnya..atau inginkan perhiasan iman..? Wahai hati.. adakah hatimu kau gilap untuk memberi petunjuk pada orang lain..?

 

Cuti raya tidaklah panjang mana, namun cuti yang turut mencutikan halaqahku, sedikit sebayak memudarkan semangat fastabiqul khairot. Hati ini tak kuat dalam sendiri. Hati jua rasa sepi dalam keramaian, hati dicuit-cuit kesedihan dalam berkecukupan. Kerana apa..?

 

Kerana hati tidak disentuhkan dengan kasih sayang tuhan. Hati yang tidak diperingatkan dengan keikhlasan, kerberterusan amal soleh dan tujuan kehidupan.

 

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

 

Pertemuan di majlis zikir petang tadi begitu bermakna, lantaran kebelakangan ini hati yang di dalam dadaku ini kurang berzikir. Terima kasih adik-adikku yang berkongsi rasa hati, berkongsi nasihat yang mengecas hati yang layu lesu ini.

 

Seorang sahabat menghantar sms, meminta dirinya diberi nasihat.. Duhai teman, tidak terungkap lafaz nasihat dari hati yang rapuh tanpa sokongan ruhiyyah. Sanubari ini jua perlu nasihat. Marilah kita bersama bermula.. Menghidupkan iman dengan solat malam, tilawatul quran, mentadabbur ayat-ayatNYA dengan penuh perasaan, mari kita bersihkan hati agar mampu kita sebarkan kebenaran dalam kasih sayang dan kesabaran.

 

Duhai teman, ruhiyah ini kita persiapkan terlebih dahulu dalam langkah menyeru kepada tuhan, jika tidak, tak kan mampu memberi sentuhan keimanan pada jiwa dahaga yang mendengarkan..

 

Ayuh teman, setelah jatuh, kita bermula semula. Hidup ini perjalanan.. tempat mengumpul bekalan dan kebaikan.. menghadapNYA yang menjadi saksi atas setiap apa yang kita kerjakan..

 

Di sana, jiwa-jiwa pemuda dahaga didikan bernuansa keimanan.. Siapakah yang akan menunjuk jalan jika bukan kita yang meniti di atas jalan pentarbiyyahan..? Musuh-musuh islam dan musuh manusia bernama syaitan tidak lelah dan tidak lesu apatah lagi bercuti..., apakah kita membiarkan diri kita menyerah tidak mentarbiyyah..?

 

Baikilah dirimu dan ajaklah orang lain memperbaiki diri

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments