Entry: Iman jangan bercuti...! 8/13/2009



Diri teringatkan adik-adik halaqah yang bercuti yang telah sebulan tak ditemui… Cuti masih bersisa bagi adik-adik INTEC dan kolej persediaan yang lainnya, yang merupakan hari-hari penantian kepada keputusan peperiksaan yang penting sebelum merkea kembali ke kampus di luar atau dalam negara.  Cuti masih juga berbaki bagi adik-adik yang belajar di luar negara, yang kini kembali bercuti di bumi Malaysia..

 

Adik-adikku sayang, mari muhasabah tempoh cuti..

 

Makin meningkatkah iman dan amal soleh…?

 

Makin soleh dan solehahkan sebagai seorang anak…?

 

Makin banyakkah al-quran, hadith dan bacaan ilmiah yang telah dihadam…?

 

Atau…

 

Iman dan amal soleh khabarnya semakin tak sihat…?

 

Dengan mak ayah malah adik beradik situasi bosan dan menegangkan…?

 

Atau filem, lagu2 kegemaran, bacaan hiburan ringan yang seringkali jadi pilihan mengisi masa lapang di sebalik al quran…?

 

Adikku, dirimu mengeluh akan kesukaran menjaga kesegaran iman dan semangat amal semasa di rumah… Kerana di rumah teman rapatmumu ialah televisyen, internet etc tanpa rebut-rebut nak mandi pagi dan ke kelas, tanpa perlu pening kepala mengejar dateline assigments, tanpa perlu risau memenuhkan mutabaa’ah halaqah… maka amat mudah lalai dan leka…??

 

Di INTEC atau di kampus sering sibuk, dengan studi, dengan aktiviti persatuan, dengan halaqah dan program tarbiyyah lainnya, sering saja diburu kelelahan dan tekanan mengejar jadual yang padat.

 

Teringin nak rehat atau bercuti seketika. Namun masa cuti atau rehat kini seolah-olah jadi racun senyap yang merbahaya..

 

Kini di kampung bersama keluarga, mudah saja masa lapang dibuang percuma atau di gunakan untuk perkara yang tak jelas manfaatnya…??

 

Rasul SAW berpesan akan 2 nikmat yang manusia selalu lupa, nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

 

Adikku sayang, beberapa hari atau beberapa minggu lagi masih ada sebelum insyaALLAH kalian meneruskan kembali  perjuangan ilmu akademik.. bangunlah, segarkan diri dengan tarbiyah dzatiyyah – membina upaya untuk mengembalikan kemanisan iman dan meluruskan orientasi kehidupan.

 

Tilawahmu…tahajudmu.. iqra dan ibadah sunnah lainnya, pertingkatkanlah kualiti dan kuantitinya.

 

Ibadah wajibmu, pereselokkanlah ia. Inilah tarbiyyah dzatiyah kita - amal ibadah sebagai penghubung hati dengan ALLAH. Setiap ruang dan masa jua jawatan sebagai anak, pelajar atau pekerja, usahakanlah agar punya nilai di sisi ALLAH.

 

Sekolah dan kelas bercuti, iman jangan sesekali dibiarkan bercuti…!

 

 

 

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments