<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

nur_syauqeena

NURUL ADNI ADNAN
HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH




~ SISTERS IN ISLAM ~

UMMU MUSA
ROHAYU ABDULLAH
NURUL FATHIM RIDAYU
YUSRINA
NURUL HUDA
UMMU WAFA'
WARDATUL ASRAR
MELISSA
TASNIM
DIANA

ASMA'
MUSFIRAH
SUMAYYAH
SHUHADA
NAWWAR HUSNA
ZURIYATI




~ MY WORLD ~


AL-FIKRAH
PAKSI
PALESTIN
PALESTIN KINI
MALAYSIA KINI
WORLD OF ISLAM
E - SASTERAWAN
CANADA MUSLIM
BRITAIN MUSLIM
INFO DAKWAH
JIM
ISLAM ONLINE



~ TENTANG TARBIYYAH ~

TARBIYYAH YANG INDAH
MOTIVASI TARBIYYAH
PERCIKAN IMAN
BEKALAN TARBIYYAH
PENGGILAP TARBIYYAH
TEMAN TARBIYYAH 1
TEMAN TARBIYYAH 2
TARBIYYAH ISLAM
WALLPAPER TARBIYYAH
BIOGRAFI SAHABAT



Sudah menjadi lumrah
kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan
mendewasakan usia
Rintangan dilalui
tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana
melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak
bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan
tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan
syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat
dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat
kita kekal selamanya




kasih manusia sering bermusim


kasih manusia tiada abadi



kasih tuhan tiada bertepi




sayang tuhan janjinya pasti...;)


cahaya dari taman syurga...mampukah diriku?



mengharap senang dalam berjuang

bagai menunggu rembulan ditengah siang

jalan nya tak seindah sentuhan mata

pangkalnya jauh hujungnya belum tiba





perempuan yang suci baik

mendamaikan hati yang memandang

menyejukkan sanubari yang berdekatan

mendekatkan jiwa hamba pada tuhan

akhlaknya indah

imannya terserlah


martabatnya ditinggikan ALLAH

auratnya untuk suami sang pejuang

cinta kasihnya pada lelaki halal yang bermaruah

kitalah yang bernama perempuan

lahir kerana RAHMAT-NYA

hidup kerana CINTA-NYA

mati dalam REDHA-NYA

ameen...insyaALLAH




<

"milikilah,jadilah...

seindah hiasan dunia

sebaik kejadian di bumi pencipta...

dialah, wanita solehah

yang redha ALLAH sebagai tuhan

yang redha ISLAM sebagai agama

yang redha MUHAMMAD sebagai rasulnya"



 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
10/31/2009
Jodoh: Kita memang berbeza

 

"Macam mana kita nak tahu lelaki tu jodoh kita kak…?" tanya Nora selepas solat. Nora adalah teman baru yang saya kenali sewaktu kali-kali pertama menjejak kaki ke masjid di Pekan Meru berhampiran kediaman kami.

Ukhti yang dikasihi, kita tak pernah tahu siapa jodoh kita hingga kita bernikah dengannya. Namun soal jodoh ada ikhtiar yang manusia boleh lakukan.

Kita boleh memikirkan, mencari dan memilih bakal suami atau isteri. Kita boleh menganalisa dan menyiasat juga merisik calon teman hidup semampunya. Malah dianjurkan melihat wajah dan bermusyawarah dalam urusan yang sebegitu penting. Jua solat istikharah.

Saya kembali membuka episod-episod  sewaktu saya dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, untuk menerima lamaran di penghujung tahun lepas. Wajar sekali ukhti itu memikir-mikir perkara ini dengan sebaiknya. Kerana kebanyakan kita memahami bahawa jodoh adalah perkara yang penting dan serius, yang memerlukan pertimbangan yang objektif dan cermat.

Melihat latarbelakang diri, saya lahir di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sepuluh tahun pertama hidup saya membesar di kelilingi kawasan kelapa sawit di Felda Pasoh 3, Jempol kemudian berpindah ke kawasan kampung tempat kelahiran ayah bonda tercinta saya di Padang Lebar[ daerah Kuala Pilah]. Selepas habis SPM baru saya menjejak kaki menjadi 'orang bandar'  Shah Alam selama lebih kurang enam tahun sebelum bernikah. Saya anak ketiga merangkap anak perempuan pertama dari 9 beradik.

17 tahun saya mengirup udara budaya felda dan kampung, bagaimana saya nak menyesuaikan diri dengan suami yang telah 38 tahun bermastautin di bandar? Suami saya membesar di Kuala Lumpur, melalui zaman remaja dan kanak-kanaknya di tengah bandaraya dalam lingkungan adik beradik hanya seramai 3 orang. Suami saya setelah bekerja dan bernikah [pernikahan pertama], menetap pula di bandar Shah Alam.

Saya datang dari keluarga sederhana, ayah seorang guru di sekolah rendah dan ibu tercinta seorang suri rumah sepenuh masa. Manakala papa [ayah mertua] seorang Timbalan Pengarah Penjabat Pos Malaysia dan mama [ibu mertua] seorang guru di sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Latarbelakang keluarga ini sesungguhnya banyak membentuk diri kita pada hari ini.

Melihat pula bakal suami saya sebagai seorang juruterbang dan seorang penulis bidang agama yang disegani, saya ketika itu hanya bekerja sementara sebagai seorang staf di sebuah poliklinik… apakah saya kuat dan rasional menghadapi perbezaan latarbelakang keluarga dan kerjaya ini..?

Nah saudaraku, antara perkara besar tentang jodoh ini ialah sejauh mana kesediaan kita untuk bertoleransi dengan perbezaan-perbezaan sebegini..? Lelaki dan perempuan sudah semestinya berbeza dalam banyak aspek.

Contohnya, walaupun suami isteri bercakap bahasa yang sama, namun sering saja memberi maksud yang berbeza. Lelaki lebih memandang 'perkara-perkara besar', perempuan cenderung memberi perhatian pada 'perkara-perkara kecil' [yang jua penting]. Perempuan suka bercakap tentang emosi dan relationship sedangkan lelaki ada kecenderungan yang lain.

Perbezaan itu pasti berlaku, sebagai salah satu bukti keagungan ciptaan tuhan. Hanya saja, sejauh mana kita membina kematangan dan kebijaksanaan mengurus perbezaan yang timbul di segenap sudut.

Seandainya perbezaan ini tidak diurus dengan baik, ketika itulah berbunga konflik dan pergaduhan. Kemudian wujud pertentangan, seandainya dibiarkan, pertentangan semakin membesar hingga kita terpaksa menjalani hidup yang terasa jauh dari suami dan isteri walau realitinya berada sebilik dan sebumbung.

Sakit dan peritnya tak terkata seandainya tidak berusaha memahami, menghormati dan menghargai perbezaan yang ada di antara suami dan isteri. Berusahalah untuk meluruskan pertentangan dan bersedialah berubah ke arah kebaikan.

Terima kasih tak terhingga pada sahabat-sahabat saya – Yunee, Najwa dan Ayu yang sangat banyak memberi panduan dan pandangan yang telus sewaktu saya dihadapkan dengan lamaran. Pesanan-pesanan mereka dan nasihat-nasihat keluarga jua teman lainnya menjadi pedoman untuk saya melangkah ke alam pernikahan.

Saya berfikir lama, sejauh mana kemampuan dan kesediaan saya untuk hidup dengan seseorang yang jauh berbeza latarbelakang dengan diri ini. Sejauh mana kesediaan bakal suami menerima saya kelak yang berbeza budaya hidup dengannya.

Namun saudaraku, di situlah Islam dengan kesempurnaannya datang menjadi pedoman berharga buat kita. Seluas manapun jurang latarbelakang keluarga dan kerjaya, Islam ada 'standard' akhlak islami. Seandainya diri berusaha memuliakan akhlak pada diri, insyaALLAH di daerah mana pun kita dicampakkan, kita mampu survive.

InsyaALLAH dengan akhlak islami, walau siapapun jodoh kita, kita mampu menjadi teman yang baik untuknya. Suami dengan akhlak islaminya pula layak dicintai isteri. Dengan akhlak islami, kita mampu mendorong suami dan ahli keluarga untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisiNYA.

Islam juga mengajar kita apakah hakikat penciptaan langit dan bumi, apakah sebenarnya tujuan kehidupan. Dari sedikit pengetahuan saya tentang bakal suami, hati saya tenang merasakan beliau adalah orang yang jelas dengan wawasan dunia dan akhirat. Sekalipun background kami berbeza, misi dan visi kehidupan yang seiring insyaALLAH membenarkan kami untuk melangkah sebagai suami dan isteri.

Saya 'join jemaah', suami saya tak 'join jemaah'..  inikah juga perkara yang menjadi pertimbangan kalian? Justeru, luaskanlah pemahaman tentang jemaah dan lain-lain aktiviti  berkaitan dakwah dan tarbiyyah. Seandainya kita memandang jemaah dan dakwah sebagai perkara yang memisah-misahkan kita dari suami, kita mungkin tidak melihat dakwah itu sebagai bahagian besar dari misi rumahtangga dan kehidupan.

Perkara sebegini bagi sebahagian orang akan mempengaruhi keputusan dan kehidupan alam perkahwinan, namun sekali lagi, adalah bagaimana kita mengurus perbezaan dengan kematangan dan kebijaksanaan. 

Apapun, inilah perkongsian pandangan peribadi saya dari singkatnya pengalaman menjadi isteri dan pelajar  universiti kehidpan.

Saya semakin mengerti bahawa perkahwinan sesungguhnya satu proses belajar yang panjang. Saya kini sedang belajar dari suami dan rumahtangga yang dibina, bagaimana saya boleh menjadi isteri yang lebih dicintai ALLAH dan suami. Saya juga percaya bahawa suami yang saya hormati dan kasihi sedang melalui tempoh belajarnya untuk menjadi suami yang lebih baik kepada dua isterinya.

 Ayuh kita indahkan peribadi dengan akhlak islami..!

Ayuh kita tabahkan hati belajar menjadi isteri yang lebih baik dan lebih baik!

 

 

Posted at 10:24 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

10/29/2009
Membina syakhsiah daieyah

Wahai teman-teman dan adik-adik yang bergerak di alam dakwah kampus, ingin saya kongsikan beberapa perkara yang perlu di miliki dalam perjalanan tarbiyyah yang panjang ini. Moga dalam kesibukan kalian bekerja dan belajar, kalian mencari kesempatan meningkatkan kualiti diri sebagai daie. Jua paling menjadi peringatan buat diri saya yang berusaha istiqamah mencari jalan kebenaran bersama kalian..
 
Pertama, perlu cerdas dalam berorganisasi. Jalan tarbiyyah memerlukan bukan sahaja peribadi-peribadi yang ikhlas, namun harus produktif dan memaksima potensi diri. Dengan kata lain, ikhlas sahaja tidak cukup, perlu bijak memanfaatkan organisasi yang disertai untuk memacu perjalanan dakwah dan tarbiyyah.
 
Mahasiswa yang cerdas memilih organisasi yang sesuai dengan fitrah, bukan sembarangan organisasi seperti Kelab XXX yang membudayakan pergaulan bebas, yang fokus hanya pada pembangunan fizikal, mental tapi mengabaikan pembangunan jiwa para ahlinya. Sangat perlu memilih kelab yang mampu menggarap potensi kalian sebagai pemuda dari segala aspek seperti kepimpinan, komunikasi, teamwork etc terutama aspek kecerdasan iman dan ruhiyyah, di sebalik seribu satu agenda musuh-musuh islam yang meruntuhkan peribadi islami pemuda yang mencari erti mukmin.
 
Tidak semestinya memilih Persatuan Pelajar Islam atau Kelab Amar Makruf, namun organisasi yang dipilih sebaiknya boleh bekerjasama dan berkembang untuk misi dan visi dakwah. Kecerdasan kalian memilih akan membantu kalian melihat organisasi kalian sebagai wasilah yang sangat baik untuk menghidupkan aktiviti dakwah dan tarbiyyah.
 
Apa kesan tidak cerdas mengorganisasi..? Pertama, kerja banyak, masa terbuang, namun tidak nampak nilai tarbiyyah. Sibuk ke sana ke mari berprogram, ruhiyyah menjadi penat, kerjasama dengan rakan sekelab mudah kucar kacir kerana matlamatnya jauh dari membawa manusia mengenal ALLAH. Timbul lah isu untuk meletak jawatan dan gosip liar memburukkan persatuan sendiri.
 
Kedua, apabila hebat berorganisasi tapi tak cerdas - hasilnya kita kenal ramai orang, orang besar orang kecil, namun kita tidak manfaatkan untuk menggiatkan dakwah dan tarbiyyah. Hanya berbangga mendampingi tokoh-tokoh yang dikenali, namun rakan persatuan yang lain makin hilang jati diri kerana program-program yang dianjurkan sifatnya sementara dan kering' - hanya memenuhkan jadual progam setiap semester. Banyak aktiviti, namun tiada sasaran yang jelas.
 
Seterusnya, seorang daie perlu memiliki gagasan pemikiran yang mantap dan luas. Harus Membaca. Membaca. Membaca. Seperti pesanan murobi tercinta saya, tidak boleh tidak, seorang daie perlu selalu memperdalam ilmu dan kematangan dengan jadual bacaan yang konsisten. Apapan bidang dan pilihan ilmu yang ingin dikuasai, semua ini perlu bersumber Al Quran dan As Sunnah. [Murobi saya itu juga mengingatkan untuk berusaha semampunya mengamalkan ilmu yang diketahui, kerana sebagai manusa kadangkala terjatuh pada kesalahan, terdedah melakukan keburukan.]
 
Tidak mungkin manhaj Islam yang benar mampu disampaikan jika para daie hanya memetik kata-kata 'murobi tercinta', atau ucapan senior dalam persatuannya, atau kata-kata penasihat dan pegawai-pegawai agama kampus tanpa dirinya cuba memahami islam dalam manhaj yang benar.
 
Tidak mungkin mempunyai kekuatan hujah jika tak intensif dengan tilawah dan tadabur Al Quran. Perlu dekat pada Sunnah Rasulullah SAW dan cinta untuk mengamalkannya. Dengan ilmu yang sentiasa dipelajari, para daie mampu meneguhkan gagasan pemikiran bukan sekadar berorientasi kejayaan dunia, namun gagasan pemikiran yang membawa keberuntungan sebenar di akhirat.
 
Untuk menyaksikan kesinambungan dakwah juga, daie kampus harus punya sensitiviti yang tinggi untuk menjaga keamanan perjalanan tarbiyyah dan dakwah di kampus. Berusaha 'memurnikan' program dengan kelulusan HEP, mengikut syarat yang diletakkan dalam berprogram dan menghindarkan underground activity yang boleh menyingkatkan usaha tarbiyyah kita. Sering saja mahasiswa kampus dalam semangat dan kesedaran menegakkan agama, terburu melanggar peraturan HEP dengan alasan 'dakwah ini sifatnya ditentang', maka mereka pun terus mengetepikan pandangan orang lain yang minta program ditangguhkan, diubah atau dibatalkan.
 
Daie yang cerdas memandang jauh ke depan, tidak mahu di lucutkan dari gelaran mahasiswa kerana emosi, tidak mahu usaha tarbiyyah orang lain di kampus juga terus dipatahkan HEP hanya kerana semangat yang melebihi kematangan.
 
Ya, dakwah menyeru pada manusia kepada ALLAH itu sunnatullahnya dimusuhi sepanjang adanya langit dan bumi, namun CARA berdakwah itu tidak harus dibenci orang[mad'u]. Perlu mengambil ibrah dari dakwah Rasulullah yang berkembang luas, bagaimana Rasulullah sangat matang berdakwah dengan nilai ilmu dan keimanan tanpa melupakan perancangan jua strategi.. bagaimana indahnya tutur bicara dan perilaku baginda yang menjadikan orang sekeliling cinta pada agama ALLAH ini, lembutnya sikap baginda amat menyentuh perasaan, dalam masa yang sama, ketegasan baginda tidak menjengkelkan... inilah yang berusaha kita contohi.
 
[Wahai para daie kampus, timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya di kampus, pengalaman itu tidak datang sendiri melainkan melalui jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan kalian sepanjang berprogram dan beraktiviti. Daie yang ikhlas akan membantu saudaranya yang tersilap di jalan dakwah, daie yang ikhlas juga akan mengambil teguran dan nasihat temannya untuk terus thabat di jalan yang sulit ini.]
 
Yang keempat, ayuh saudaraku, kita berusaha menjadi teladan dalam beramal. Inilah bahagian sukar dalam lapangan dakwah, kita diuji dengan kekangan diri untuk merealitikan kebaikan yang diseru. Kita alpa melakukan kebaikan yang diseru kadang-kadang, ada masanya diri sendiri terjatuh pada perkara berdosa dan maksiat yang kita cuba cegah di jalan tarbiyyah ini.
 
Banyak sekali senarai karater mulia yang perlu dilengkapkan pada diri. Sudahkah kita para daie menjadi anak, suami atau isteri yang menunaikan sebaiknya hak ibubapa dan pasangan? Sudahkah kita menjadi orang yang menjaga dan memanfaatkan masa hingga kita menukar 'janji melayu' kepada 'janji daie'? Menjadi daie sangat perlu untuk mempunyai akhlak yang mendamaikan hati di mana pun berada. Sangat penting menjaga itqan dan jiddiyah di lapangan kerja dan belajar.
 
Yang terakhir, para daie harus punya ruhiyyah yang tinggi. Semakin banyak bekerja, semakin jauh melangkah di jalan dakwah ini, para daei harus mempunyai ruhiyyah yang sering basah dengan keimanan dan ketaqwaan. Kekuatan ruhiyyah menjadi bekal agung dalam dakwah. Ruhiyyah itu ibarat petrol pada kenderaan, harus selalu diisi supaya perjalanan lancar dan istiqamah. Ruhiyyah yang segar itu yang memperbaharui keikhlasan.
 
Ada kata-kata menyebut, iman itu turun dan naik. Benar sekali, arus global yang bergerak pantas menyaksikan kepantasan syaitan melemah segenap kekuatan muslim. Mudah sahaja rasa bersemangat di pagi hari, namun di petang hari imannya kembali memudar. Hanya mujahadah dan hati yang sering zikrullah jua zikrulmaut dapat memelihara diri dari godaan dunia dan tipudaya syaitan.
 
Duhai pemuda daie di kampus, kitakah yang sering berprogram ke tengah malam hingga lelah tidak terbangun untuk solat malam? Malah subuhnya sering di penghujung waktu...? Kita kah berprogram menjaga kebajikan teman sekampus, adakah kita juga prihatin urusan ibu ayah yang menanti kehadiran kita memberi warna baru dalam musykilah keluarga yang tak kunjung habis..?
 
Kitakah yang rancak bersembang hal dakwah namun tidak rancak bertilawah dan tadabbur sedangkan Al Quran itulah yang menyalurkan kekuatan terhebat pada para sahabat dalam memperjuangkan Islam. Mungkin kah benar menyeru pada ALLAH jika Al Quran dan solat tahajjud tidak menjadi sumber rujukan, ketenangan dan kekuatan para daie sekalian.
 
InsyaALLAH sama-sama kita kembali cerdas dalam berorganisasi, dan meningkatkan wawasan pemikiran dengan pembacaan dan pengkajian ilmu. Bersama juga kita meningkatkan sensitiviti menjaga 'keamanan' perjalanan dakwah untuk jangka panjang di samping menjadi teladan dalam beramal. Dan teruslah kesegaran ruhiyyah di jaga agar kita sering ikhlas dan istiqamah di jalan para rasul.
 
Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya yang belajar untuk bersama-sama kalian mencari redhaNYA, insyaALLAH marilah kita sama-sama memuhasabah diri memberi yang terbaik dalam amanah yang ditunaikan.


Posted at 09:58 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

10/12/2009
Destinasi cinta yang sama, biarpun karakter berbeza

Seorang teman rapat berkongsi pengalaman diri bahawa dia pernah ‘rasa dengki dan membenci’ seseorang teman yang rapat dengannya. Dia dengki kerana teman perempuannya itu lebih lembut, lebih sopan, lebih baik dan lebih disukai oleh ramai kawan berbanding dirinya. Dia benci memandang wajah si teman, selalu rasa ingin bergaduh dan ingin memarahi tanpa alasan yang kukuh. Namun sekarang mereka berdua telah berkawan baik.

 

Saya bertanya, “ Jadi macam mana sekarang dah boleh berbaik-baik?”

 

“Alhamdulillah kerana tarbiyyah..” Jawabnya.

 

Saya memahami bahawa program pentarbiyyahan islamiyyah – usrah, MABIT, daurah, rehlah, mukhayyam etc – telah memproses diri teman saya untuk membuang karat-karat mazmumah. Jalan pertarbiyyahan yang berterusan diikutinya telah membina peribadinya untuk menjadi seorang yang pemaaf, bersabar, berlapang dada, mendahulukan kepentingan saudara dan menjauhkan diri dari dengki dan buruk sangka.

 

Namun saya melihat bahawa manusia itu sering saja berpisah dan berpecah kerana karakter yang berbeza. Padahal ada disebut bahawa perbezaan itu ALLAh jadikan untuk lebih saling mengenal dan saling mengasihi.

 

Saya sendiri beberapa kali diuji dengan ketidakmatangan menghadapi perbezaan. Yang terbaru, saya berasa tidak suka dengan seorang ukhti yang serius dan kelihatan sombong, padahal itu hanya prasangka saya. Saya berasa tidak selesa dengan keberadaannya dalam program yang saya hadiri.

 

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, saya susah nak benci orang, tapi kenapa dengan ukhti ini saya ada aura yang negatif…? Saya tak suka dia dan saya rasa dia pun macam tak suka saya…

 

Hingga akhirnya ALLAH mentakdirkan saya dan dia perlu bekerja erat untuk program pentarbiyyahan, nyata sangkaan saya salah belaka. Saya rasa amat berdosa. Ternyata benar firman ALLAH dalam Al Quran, kebanyakan prasangka adalah dosa. Ianya salah. Ukhti yang tidak saya sukai ini rupanya seorang yang baik, matang, prihatin dan mengambil berat malah sangat komited dengan tugasnya.

 

Malah tanpa diduga dia kini menjadi teman terbaik yang saya ada. Saya kini sering mencurahkan rasa hati dan berkongsi masalah dengannya, orang yang saya pernah benci. Hati saya menangis kerana pernah merasa tidak suka dan bersangka buruk padanya.

 

“Kerana apa aku tidak suka padanya dulu…?” Saya terus memuhasabah diri. Saya tidak mahu mengulangi. Saya tidak mahu hati saya kotor kerana merasa diri sendiri baik dan orang lain kurang bagus - hingga benci, tidak suka dan tidak selesa menghuni hati.

 

Setelah memuhasabah, saya terfikir bahawa saya tidak menyukainya kerana ada beberapa karakternya terlalu bertentangan dari karakter saya. Tidak perlu saya nyatakan di sini. Namun memang tidak wajar alasan berbeza karakter itu mewujudkan benci di hati saya.

 

Alhamdulillah destinasi cinta telah menemukan kami. Kami mencari dan menuju cinta yang Satu. Walau berbeza, kami tidak putus asa menjadi orang-orang bersaudara di jalan ALLAH. Saya belajar bahawa setiap orang ada perwatakan dan cara yang tersendiri - yang perlu kita hormati dan pelajari.

 

 Andai saudara itu punya ciri yang positif, bersama kita contohi dan hargai. Andai ciri itu negatif, kita membantunya untuk berubah pada yang lebih baik.

 

Yang penting, kita semua ingin ke taman indah yang seluas langit dan bumi. Dan bertemu ALLAH.

Posted at 09:28 pm by nur_syauqeena
Comments (2)  

10/1/2009
wahai diri..mulalah. bermula semula~

“Ya ALLAH, aku memohon kerinduan untuk bertemu dengan MU.. Ya ALLAH hiasilah kami dengan hiasan iman, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang diberi petujuk dan memberi petunjuk…” (Riwayat An-Nasaie)

 

Wahai hati, adakah merasa rindu kepadaNYA? Wahai hati, adakah ingin pada perhiasan lainnya..atau inginkan perhiasan iman..? Wahai hati.. adakah hatimu kau gilap untuk memberi petunjuk pada orang lain..?

 

Cuti raya tidaklah panjang mana, namun cuti yang turut mencutikan halaqahku, sedikit sebayak memudarkan semangat fastabiqul khairot. Hati ini tak kuat dalam sendiri. Hati jua rasa sepi dalam keramaian, hati dicuit-cuit kesedihan dalam berkecukupan. Kerana apa..?

 

Kerana hati tidak disentuhkan dengan kasih sayang tuhan. Hati yang tidak diperingatkan dengan keikhlasan, kerberterusan amal soleh dan tujuan kehidupan.

 

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

 

Pertemuan di majlis zikir petang tadi begitu bermakna, lantaran kebelakangan ini hati yang di dalam dadaku ini kurang berzikir. Terima kasih adik-adikku yang berkongsi rasa hati, berkongsi nasihat yang mengecas hati yang layu lesu ini.

 

Seorang sahabat menghantar sms, meminta dirinya diberi nasihat.. Duhai teman, tidak terungkap lafaz nasihat dari hati yang rapuh tanpa sokongan ruhiyyah. Sanubari ini jua perlu nasihat. Marilah kita bersama bermula.. Menghidupkan iman dengan solat malam, tilawatul quran, mentadabbur ayat-ayatNYA dengan penuh perasaan, mari kita bersihkan hati agar mampu kita sebarkan kebenaran dalam kasih sayang dan kesabaran.

 

Duhai teman, ruhiyah ini kita persiapkan terlebih dahulu dalam langkah menyeru kepada tuhan, jika tidak, tak kan mampu memberi sentuhan keimanan pada jiwa dahaga yang mendengarkan..

 

Ayuh teman, setelah jatuh, kita bermula semula. Hidup ini perjalanan.. tempat mengumpul bekalan dan kebaikan.. menghadapNYA yang menjadi saksi atas setiap apa yang kita kerjakan..

 

Di sana, jiwa-jiwa pemuda dahaga didikan bernuansa keimanan.. Siapakah yang akan menunjuk jalan jika bukan kita yang meniti di atas jalan pentarbiyyahan..? Musuh-musuh islam dan musuh manusia bernama syaitan tidak lelah dan tidak lesu apatah lagi bercuti..., apakah kita membiarkan diri kita menyerah tidak mentarbiyyah..?

 

Baikilah dirimu dan ajaklah orang lain memperbaiki diri

 

 

Posted at 08:14 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

9/15/2009
Bingkisan dari Teman

Assalammua'laikum wa rahmatullah

Hari ini ku kongsikan sedikit coretan sahabatku yang berada di seberang Laut China Selatan, yang sering menjadi tempatku memohon pandangan, saling kami berkongsi pandangan tentang erti kehidupan, jua hakikat alam pernikahan yang baru kami jejaki...

Sahabatku, Ayu Solehah antara lain menulis di blognya:

Konflik, jangan ditanya, pastinya akan terjadi, namun janganlah dibawa sehingga menjadi kontroversi yang dinantikan oleh  syaitan dan iblis. Gunakanlah ciri kepimpinan semulajadi yang Allah bagi pada isteri dan suami untuk menangani.

Dengan pembacaan buku, maka terkawallah sikit lebihan emosi kewanitaan yang keterlaluan tatkala menghadapi konflik. Dan selalunya, perempuanlah, dalam erti kata lain akulah yang selalunya memanjangkan dan mewujudkan konflik konflik "manja"...rasanya untuk meraih perhatian suami. Doakan agar suamiku tetap sabar dan sanggup berkongsi cinta dengan ku lagi sampai habis usiaku… amin.

 

*****************************************************

 

Hanya kepadaMu ku merintih, ku merebahkan diri sehina hamba abdi pada TuanNya……kehidupan di dunia sesuatu yang  misteri, hanya sedikit baru dirungkai… masih banyak lagi rungkaian  yang pasti akan menjadi  pelengkap kisah hidup ini….  Ya Allah Tuhan yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung ganang  diatasnya..

Janganlah biarkan hati ku , hati suami ku, hati keluargaku, hati keluarga suamiku, hati guru-guru ku, hati sahabat-sahabatku dan hati-hati pelajarku, dan hati hati saudaraku letih, berhenti, terhenti sehingga mati …mati dari mengejar Rahmatmu.

Lemparkan kami kasih sayangMu , rahmatMu, kasih sayangMu.. Sesungguhnya kami takut dengan Siksaan Api neraka.. 

Ya Allah, jadikan Hati-hati kami suci bersih dari noda-noda hitam sebagaimana hati kekasihMu… Peganglah dan ikatlah hati kami supaya tidak tergelincir dari landasan iman dan taqwa…amin..

 

*****************************************************

Aku tidak berkongsi suami dengan sesiapa, namun Allah menguji aku dengan keterbatasan waktu dan jarak untuk aku menyatakan & mempamerkan cinta pada sang suami..

Supaya aku sedar di bumi yang nyata…bahawa  suamiku hak milik kekal penciptaNya, dan aku hanya meminjam kasih untuk sementara. Jadi hargailah apa yang ada! Bersyukurlah seadanya!Alhamdulillah...!

 

 

Posted at 07:26 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

9/9/2009
Stress...? Allah kan ada..

Diri ini sejak dulu sangat allergic dengan kerja-kerja yang berkaitan mathematics, kira-kira, ilmu hisab, nombor-nombor dan yang sewaktu dengannya –tapi  amanah yang diberi  terpaksa dilaksanakan -menjadi bendahari tak bertauliah pada ‘grup solehah’kami (ameen..!)

Stress bila terpaksa membuat kira-kira perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk program-program dan terpaksa merekod jumlah wang masuk, terpaksa membahagikan mengikut peratus-peratus wang yang diinfaq… terpaksa… terpaksa… berulang kali cakap terpaksa akhirnya benar-benar terseksa..

hai, tak ikhlas ke...?

padahal sebenarnya kalau berusaha memandang positif penuh ‘kasih sayang’ pada tugasan yang bermain dengan wang dan nombor itu, pasti tidak terasa benar bebanannya…

Beberapa ketika  rasa stress di depan laptop bertemankan kepingan ringgit hijau merah dan buku bendahari, rasa tertekan, nak mengadu pada kawanku si akauntan, dia tak jawab call. Nak mengadu pada sahabatku yang ‘kaya;, juga tak dapat dihubungi. Sekadar nak mengadu meluah perasaaan dan bertanya – kenapa saya kira macam tak betul, atau saya je yang rasa tak betul, padahal dah betul…ish..ish..payah jaga harta nih, keluh kesah lagi...

Rasa stress juga timbulkan rasa nak mengadu dengan housemate.. tapi housemate tercinta tiada di sisi, bertambahlah stress. Stress, plus penat minda, penat mungkin sebab memaksa fikiran bekerja dalam keadaan terpaksa.. L

Setelah berusaha menyiapkan tugasan semampunya, naik tingkat atas, terus baring dan tiba-tiba nangis. [Tulah perempuan, nangis dan nangis… oppss bukan semua perempuan cengeng macam saya kan…??!)

Tiba-tiba rasa, sedih,,, kenapa tak cari DIA dulu…? Kenapa tak sampaikan rasa hati pada DIA yang selalu ‘online”…? Berharap ketenangan dari manusia, manusia kan selalu tiada … manusia kan sama juga lemahnya…??

Waktu zuhur beberapa minit telah berlalu, membangunkan diri berwuduk dan bersiap-siap untuk solat… Ohh.. ALLAH Maha Dekat, hanya diri yang terlupa…

 

Posted at 04:33 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

9/6/2009
Coretan hati

Beberapa ‘little things’ yang suami ku lakukan, menambah jumlah yang besar pada akaun perasaan positifku sebagai isteri. Jika aku bersiap-siap untuk keluar ke halaqah atau program, apatah lagi adakalanya terkejar-kejar sebab takut terlewat, suami dah sedia menghidupkan enjin kereta dan membuka gate. Suami tolong-tolong menghidang sewaktu nak makan e.g sendukkan nasi, isikan air minuman. Suami ingatkan untuk makan ubat atau supplemen.

Kalau suami tak lakukan perkara-perkara itu, tidak lah rasa kasihnya berkurang. Apatah lagi memang tak terfikir diri ni nak susahkan suami buat little things since he’s been working hard for our family, namun little things yang suami lakukan ada sumbangan dalam menyemarakkan rasa kasih isteri ini pada suami. Hati seorang isteri rasa dipeduli, disayangi.

 

          *                     *                     *                              *                     *                     *

 

Kehadiran nana (Makcikku yang berusia 80an) yang comel di rumah kami membawaku memuhasabah diri – bagaimana menyeimbangkan antara keluarga dan tuntutan lainnya. Dalam kesibukan yang kekadang menjelma, masakan saban hari bertemu nana hanya untuk say hi hi, bye, bye… terima kasih nana, menjadi teman dan cermin merangkap penasihat saya dalam beberapa hal.... maafkan saya kadang-kadang seolah melupai kehadiran nana, hingga adakalanya terabai kebajikan nana..

 

      *                           *                        *                           *                              *

 

Diriku suka menikmati pemanduan berseorangan – bila memandu, menjadi masa yang selesa untukku meluah perasaan pada Yang Maha Mendengar, menjadi masa untuk merenung hari-hari yang di lalui dan yang paling ku sukai ialah , ada pemandangan-pemandangan sepanjang pemanduan yang boleh ku ambil iktibar. Hatiku cukup tersentuh bila melihat kesusahan orang lain yamg mampu ku rasakan bila membandingkan dengan diriku yang dah hidup senang ( dan suamiku sering membetulkan –  hidup berkecukupan).. Nikmat tuhan yang manakah yang Kamu dustakan…? Tidakkah bimbang dengan istidraj…?

 

   *                           *                           *                              *                        *                        *

 

Airmata fitrah mengalir di Mukhayyam FiTRAH di Nur Laman Bestari, ULU YAM.. Program perkhemahan yang sedikit sebanyak mengingatkan kami tujuan hakiki kehidupan dalam kami merancang kehidupan dunia. Pertama kali diriku menitiskan air mata bersama rakan-rakan sehalaqah. Mendengar luahan hati para peserta yang gembira bersama teman-teman yang mngingatkan pada ALLAH. Dalam putus asa dan semangat mengendur, dicaj perasaan dengan taujihat rabbaniyyah. Terima kasih teman –teman yang mengasihi diri ini.

Posted at 01:21 am by nur_syauqeena
Make a comment  

Hidup dalam prasangka

Kesalnya rasa hati melihat prasangka-prasangka buruk yang bermaharajalela telah merosakkan hubungan kawan dan persaudaraan. Kesalnya rasa hati apabila prasangka-prasangka buruk terhadap seseorang telah memadam kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh orang itu. Adilkah hanya mendengar cerita satu pihak untuk menilai konflik yang berlaku antara dua pihak? Adilkah hanya mengiyakan cerita sebelah pihak tanpa ada ruang untuk pihak yang satu lagi membela diri…?

Terlihat di hadapanku satu hubungan menantu dan mentua terputus selama beberapa tahun kerana prasangka si menantu bahawa mentuanya itu telah memburuk-burukkan dirinya – hanya dengan mendengar cerita orang, tanpa dia bersemuka dengan mentuanya untuk menilai dengan adil.

Hadir  di hadapanku seseorang yang berprasangka telah menceritakan keburukan seseorang – keburukan itu dipercayai hanya dengan mendengar cerita orang tanpa ada tabayyun untuk lebih adil menilai permasalahan.

Prasangka itu membunuh. Membunuh kasih sayang. Membunuh silaturrahim. Kerana kebanyakan prasangka itu salah, penuh dosa. Membiarkan syaitan ketawa gembira dengan campurtangannya yang terus menerus meletakkan diri manusia dalam prasangka.

Diri ini juga belajar nilai penting bahawa hubungan suami isteri itu mudah saja kucar kacir dengan prasangka-prasangka yang bermain di jiwa. Si suami berprasangka begini, si isteri berprasangka begitu. Sedangkan, jika mencari jalan mengkomunikasikan perasaan, prasangka tidak akan terus memecahbelahkan.

Gunakanlah setiap peluang dan keadaaan untuk menjernihkan pprasangka. Manfaatkan teknologi untuk saling menjelaskan kekeliruan. Manfaatkan modal pancaindera yang ALLAH anugerahi untuk mematikan prasangka yang menipudaya. Bertanyalah, untuk mendapat jawapan. Diamlah dan jangan menyampaikan keburukan orang lain, jika itu hanya prasangka yang terbit memancar di lubuk perasaan.

Sungguh, hidup dalam prasangka itu menyedihkan, mengecewakan.

Posted at 01:11 am by nur_syauqeena
Make a comment  

9/2/2009
masih kah ada cinta untukku?

Teman, beberapa musim telah berlalu. Masihkah ada cinta untukku?

Dalam doa dan pengharapan, kabur jalan meneruskan hubungan. Seolah noktah menjadi jawapannya.

Cintaku masih ada. Ku bawa bersama. Suka duka yang dilalui, masih menghuni jiwa menjadi teman meneruskan perjalanan.

Ramadhan lepas tanpa berita. Ramadhan datang lagi. Masih di sini, menanti. Merindui. Atau perlukah ku pergi menemui?

Posted at 11:10 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

8/13/2009
Iman jangan bercuti...!

Diri teringatkan adik-adik halaqah yang bercuti yang telah sebulan tak ditemui… Cuti masih bersisa bagi adik-adik INTEC dan kolej persediaan yang lainnya, yang merupakan hari-hari penantian kepada keputusan peperiksaan yang penting sebelum merkea kembali ke kampus di luar atau dalam negara.  Cuti masih juga berbaki bagi adik-adik yang belajar di luar negara, yang kini kembali bercuti di bumi Malaysia..

 

Adik-adikku sayang, mari muhasabah tempoh cuti..

 

Makin meningkatkah iman dan amal soleh…?

 

Makin soleh dan solehahkan sebagai seorang anak…?

 

Makin banyakkah al-quran, hadith dan bacaan ilmiah yang telah dihadam…?

 

Atau…

 

Iman dan amal soleh khabarnya semakin tak sihat…?

 

Dengan mak ayah malah adik beradik situasi bosan dan menegangkan…?

 

Atau filem, lagu2 kegemaran, bacaan hiburan ringan yang seringkali jadi pilihan mengisi masa lapang di sebalik al quran…?

 

Adikku, dirimu mengeluh akan kesukaran menjaga kesegaran iman dan semangat amal semasa di rumah… Kerana di rumah teman rapatmumu ialah televisyen, internet etc tanpa rebut-rebut nak mandi pagi dan ke kelas, tanpa perlu pening kepala mengejar dateline assigments, tanpa perlu risau memenuhkan mutabaa’ah halaqah… maka amat mudah lalai dan leka…??

 

Di INTEC atau di kampus sering sibuk, dengan studi, dengan aktiviti persatuan, dengan halaqah dan program tarbiyyah lainnya, sering saja diburu kelelahan dan tekanan mengejar jadual yang padat.

 

Teringin nak rehat atau bercuti seketika. Namun masa cuti atau rehat kini seolah-olah jadi racun senyap yang merbahaya..

 

Kini di kampung bersama keluarga, mudah saja masa lapang dibuang percuma atau di gunakan untuk perkara yang tak jelas manfaatnya…??

 

Rasul SAW berpesan akan 2 nikmat yang manusia selalu lupa, nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

 

Adikku sayang, beberapa hari atau beberapa minggu lagi masih ada sebelum insyaALLAH kalian meneruskan kembali  perjuangan ilmu akademik.. bangunlah, segarkan diri dengan tarbiyah dzatiyyah – membina upaya untuk mengembalikan kemanisan iman dan meluruskan orientasi kehidupan.

 

Tilawahmu…tahajudmu.. iqra dan ibadah sunnah lainnya, pertingkatkanlah kualiti dan kuantitinya.

 

Ibadah wajibmu, pereselokkanlah ia. Inilah tarbiyyah dzatiyah kita - amal ibadah sebagai penghubung hati dengan ALLAH. Setiap ruang dan masa jua jawatan sebagai anak, pelajar atau pekerja, usahakanlah agar punya nilai di sisi ALLAH.

 

Sekolah dan kelas bercuti, iman jangan sesekali dibiarkan bercuti…!

 

 

 

 

 

Posted at 07:36 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

Next Page