<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

nur_syauqeena

NURUL ADNI ADNAN
HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH




~ SISTERS IN ISLAM ~

UMMU MUSA
ROHAYU ABDULLAH
NURUL FATHIM RIDAYU
YUSRINA
NURUL HUDA
UMMU WAFA'
WARDATUL ASRAR
MELISSA
TASNIM
DIANA

ASMA'
MUSFIRAH
SUMAYYAH
SHUHADA
NAWWAR HUSNA
ZURIYATI




~ MY WORLD ~


AL-FIKRAH
PAKSI
PALESTIN
PALESTIN KINI
MALAYSIA KINI
WORLD OF ISLAM
E - SASTERAWAN
CANADA MUSLIM
BRITAIN MUSLIM
INFO DAKWAH
JIM
ISLAM ONLINE



~ TENTANG TARBIYYAH ~

TARBIYYAH YANG INDAH
MOTIVASI TARBIYYAH
PERCIKAN IMAN
BEKALAN TARBIYYAH
PENGGILAP TARBIYYAH
TEMAN TARBIYYAH 1
TEMAN TARBIYYAH 2
TARBIYYAH ISLAM
WALLPAPER TARBIYYAH
BIOGRAFI SAHABAT



Sudah menjadi lumrah
kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan
mendewasakan usia
Rintangan dilalui
tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana
melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak
bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan
tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan
syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat
dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat
kita kekal selamanya




kasih manusia sering bermusim


kasih manusia tiada abadi



kasih tuhan tiada bertepi




sayang tuhan janjinya pasti...;)


cahaya dari taman syurga...mampukah diriku?



mengharap senang dalam berjuang

bagai menunggu rembulan ditengah siang

jalan nya tak seindah sentuhan mata

pangkalnya jauh hujungnya belum tiba





perempuan yang suci baik

mendamaikan hati yang memandang

menyejukkan sanubari yang berdekatan

mendekatkan jiwa hamba pada tuhan

akhlaknya indah

imannya terserlah


martabatnya ditinggikan ALLAH

auratnya untuk suami sang pejuang

cinta kasihnya pada lelaki halal yang bermaruah

kitalah yang bernama perempuan

lahir kerana RAHMAT-NYA

hidup kerana CINTA-NYA

mati dalam REDHA-NYA

ameen...insyaALLAH




<

"milikilah,jadilah...

seindah hiasan dunia

sebaik kejadian di bumi pencipta...

dialah, wanita solehah

yang redha ALLAH sebagai tuhan

yang redha ISLAM sebagai agama

yang redha MUHAMMAD sebagai rasulnya"



 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
8/8/2009
"Abang minta maaf..."

“Abang belum minta maaf lagi…,” ujar suamiku, merujuk pada ‘kisah sedih’ kami semalam. “Abang minta maaf ya…”..

 

Terdiam. Sedih. Bagi diriku, sekalipun orang yang punya kesalahan tidak meminta maaf, namun hati ini berusaha memaafkan dan melupakan. Habis. Mulakan cerita baru. Tidak perlu membawa kisah jua perasaan negatif bersambung-sambung dalam kehidupan harian. Seperti yang pernah ku baca, ibarat membawa beg yang berisi kentang busuk apabila manusia membawa dendam, dan perasaan tidak memaafkan.

 

Apatah lagi, kata maaf yang suamiku ucapkan itu tidak lain bukanlah kerana salah besar dirinya, hanya kerana misunderstanding yang tidak dikawal oleh emosi seorang isteri ini…

 

‘Huhu abang, sedih saya abang cakap macam tu..Saya yang salah…’

 

Apapun, bagi hati seorang isteri ini, tidak ada perkataan yang lebih baik terucap dari suami melainkan kata maaf, yang menghilangkan segala perasaan negatif tentang kisah sedih yang telah berlaku. Diriku jua sering berbuat salah, ingin selalu dimaafkan, maka tidak ada alasan untuk tidak memaafkan orang lain.

 

Walaupun kisah sedih tidak ku ceritakan secara mendalam, ada pengajaran mendalam yang ingin dikongsikan.

 

“Sesungguhnya syaitan hadir di sisi kalian setiap sesuatu yang kalian lakukan…” (Riwayat Muslim).

 

“Ukhti, ukhti tak patut buat macam ni kat suami ukhti, ukhti dah kalah dengan syaitan.  Ukhti terlalu ikut perasaan…” Kata sahabatku itu membelahkan lagi jiwa ku dengan tangisan kesedihan. Kebetulan dia menelefon diriku sewaktu ‘kisah sedih’ berlaku.

 

Ya ALLAH, terlupa… HambaMu ini terlupa. Membiarkan diri dikuasai sentuhan syaitan. Semakin banyak ilmu, semakin besar ujian. Sejauh mana ilmu diamalkan. Sebab itu ada zikir pagi dan petang yang Rasul SAW anjurkan. Agar manusia selalu dekat dengan sentuhan kebaikan. (Sentuhan syaitan dan sentuhan malaikat – hadith Sahih At Tarmizi)

 

Bukankah bala tentera syaitan yang hebat adalah yang mendatangi seseorang hingga menceraikan isterinya??? (seperti dalam Hadis Muslim)

 

Saudaraku, janganlah kita menjadi para isteri yang mendorong suami melafazkan penceraian…

 

Jangan lupa membaca Bismillah sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah. Agar rumah kita tidak menjadi penginapan syaitan. Agar syaitan sempit ruang untuk berlegar-legar di antara kita dan pasangan.

 

Jangan kerisauan melangkah ke alam perkahwinan hanya pada kekurangan material, namun risaukan juga akhlak perbuatan dan percakapan. Rumahtangga bisa bergegar dengan akhlak buruk, rumahtangga mudah goyang dengan jiwa yang jauh dari Al Quran.. Kerana seperti yang disebut kalam ALLAH, bagi yang jauh dari syariat tuhan, maka syaitan menjadi teman karibnya,…

 

Perjalanan sebuah pernikahan bukan sebulan atau setahun, bukan sepuluh atau dua puluh tahun.. namun, andai diri merindui kehidupan sebenar yang abadi, perjalanan pernikahan itu melangkaui alam dunia ke alam akhirat.

 

Bawalah bekal kematangan, kesabaran, kemaafan, senyuman dan kasih sayang banyak2 dalam meniti alam pernikahan… Dan bekal itu kita perlukan juga dalam kehidupan kita bersama hamba-hamba ALLAH yang lain…

 

Posted at 08:44 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

8/6/2009
Maafkan saya abang...!

Saya menangis lagi menghantar suami ke muka pintu pagi ini. Rasa bersalah masih berkelip-kelip di dasar hati. Memandang suami dengan airmata lalu mengungkap buat kesekian kalinya, “Nurul minta maaf abang..”

“Abang maafkan...Jangan sedih..asam garam kehidupan..” Ujar suami tersenyum. “abang selalu terlebih garam…” tambahnya menghiburkan hatiku yang muram.

Tiada manusia yang suka melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tetap datang dan berlaku pada diri manusia. Seringkali atau sekali sekala. Siapa yang mengambil pelajaran, dia akan menjadi yang lebih baik. Siapa yang melupakan kesilapan, dia akan cenderung mengulangi dan merasa kesakitan atas kesalahan.

Saya baru melakukan kesilapan yang berat pada suami. Rasa sakitnya perasaan, terasa diri tak dimaafkan walau kemaafan telah terungkapkan. Diri sendiri yang merasa sakitnya sebuah perasaaan, apabila diri menyakiti insan yang paling dekat dan paling disayangi. Kesalan yang seakan tak padam..

Maafkan saya abang…! Saya tersalah menurutkan lemahnya sebuah perasaan.

Membiar diri dikuasai nafsu dan bisikan syaitan selalu mengheret manusia pada penyesalan sebuah tindakan.

Hidup adalah sebuah medan pelajaran menjadi peribadi yang lebih baik –sebagai pasangan, sebagai teman dan lain-lain kedudukan.

Pada jiwa yang rindukan sebuah kebaikan dan ketulusan meraih redha tuhan, perjalanan menjadi baik adalah jalan sukar yang panjang. Teramat panjang dan melelahkan. Tersalah langkah, Bangun dan melangkah kembali dengan berhati-hati.

Tempoh enam bulan bersama suami yang matang dan bertanggungjawab, banyak sekali benih-benih ilmu  dan pengalaman yang ditaburkan dalam taman kehidupan. Perkongsian hidup ini sungguh akan mampu terus berjalan bila dua hati memilih untuk terus melakukan perbaikan, yang bermula dari mengakui kesilapan, memohon maaf dan terlebih lagi memaafkan.

Menjadi isteri solehah. Harapan setiap perempuan yang memasuki alam pernikahan.Wahai diri, pangkat solehah yang diberi ganjaran syurga ini mana mungkin bisa diraih dengan kesabaran yang  sering terpadam. Mana mungkin jadi isteri solehah jika tiada kemahuan dan keteguhan hati memberi yang terbaik. Isteri solehah? Tak bisa tercapai tanpa keikhlasan yang mendalam dan kesungguhan dalam ketaatan. Ketaatan pada suami. Jua pada tuhan.

Ya rabbi, rahmati Kami. Pimpinlah kami di atas jalan yang lurus.

 

 

Posted at 10:07 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

mencari ilmu

Selepas berpusing-pusing mencari jalan ke KGPA (Kelab Golf Perkhidmatan Awam) di Bukit Kiara, akhirnya dengan ‘bantuan kecemasan penunjuk jalan’ dari Dr Shiha, ku temui juga pinta masuk KGPA.

Bila dah jumpa, terasa amatlah mudah sebenarnya jalan ke sana. Apatah lagi suamiku selalu menunjukkan kawasan Tanah Perkuburan Bulit Kiara tempat persemadian arwah mama dan papa yang tidak pernah ku temui..

Jam menunjukkan pukul 10 lebih pagi itu. Sudah terlepas sesi pertama kuliah Dr Abdullah Yassin. Tapi Alhamdulillah berpeluang mengikuti sesi kuliah beliau seterusnya dari pukul 11-12 tengahari.

Niat hati mencari ilmu dan meluaskan pergaulan. Atas galakan suami, kebetulan ketiadaannya di rumah beberapa hari ini, diri menjejak kuliah-kuliah agama yang ada. Sewaktu memarkir kereta, hati dah tertanya-tanya, ‘Adakah ini majlis orang-orang kaya?’ Memandangkan hampir kesemua kereta di situ kelihatannya kategori mahal, canggih-canggih, imported..  Wow, silau mata memandang kereta yang berkilau-kilau. Kelihatan beberapa driver bersembang di sisi kereta mungkin milik bos-bos mereka.

Kemudian, menjejakkan kaki ke Dewan Seroja di KGPA, terkejut seketika. Terkejut melihat dewan besar yang penuh. Terkejut juga melihatkan para hadirin @ penuntut ilmu kebanyakannnya adalah yang berusia 4oan dan keatas.  Lebih terkejut melihat auntie (yang sebahagiannya merupakan Puan-puan Sri dan Datin2…) yang begemerlapan dari segi gaya dan pakaian. Sebahagian uncle kaya memenuhi bahagian depan dewan. Terjawab persoalanku tentang kereta-kereta canggih di luar sana.

Tiba-tiba, terasa hilang perkataan dan interpersonal skill untuk memulakan langkah mendekati mereka.

Ku pandang sekeliling mencari tempat duduk, tak jumpa dan ku lihat seakan tiada yang sebaya denganku atau yang berusia 30an.. Jika ada yang lebih muda, mungkin lebih senang untuk ku dekati.. hmm adni, sejak bila pu pilih bulu ni..

Alhamdulillah, seorang auntie yang manis senyuman berusia 50an menunjukkan sebuah tempat duduk kosong berhampiran dengannya. Sebaik duduk, fokus untuk menuntut ilmu lari seketika. Dalam hati berbicara, “Bagusnya auntie-auntie kaya dan bergaya nie, majlis ilmu menjadi salah satu majlis yang termsuk dalam jadual mereka.. “

Sedangkan kebiasaannya digambarkan mereka ini hanya orang yang mementingkan glamour dan prestige..

Ish…tak baiklah aku ni bersangka sedemikian, nah, di depan mata ratusan auntie2 kaya bergaya yang humble, mesra dan terserlah semangat ilmu melihat mereka memegang nota kuliah dan buku rujukan.

Perhatian kembali fokus pada perkongsian ilmu. Dan ada juga sesi soal jawab berkaitan isu semasa. Alhamdulillah moga mereka dan diriku mendapat ilmu yang bermanfaat hari itu.

Sebelum pulang, ku hadiahkan sebuah buku tulisan suamiku pada Auntie Faridah yang mencarikan tempat duduk untukku sebentar tadi. Sambil itu berbual-bual sedikit menanyakan perjalanan kuliah itu. Dan kemudian ku berjalan ke hadapan dewan untuk memberikan buku yang sama juga kepada Dr Abdullah Yasin.

Alhamdulillah hari itu adalan perjalanan yang memberi persepsi baru tentang kuliah ilmu. Ilmu akan dapat kalau dicari dan di usahakan. Proses menuntut ilmu bukan sekadar di usia muda, namun sepanjang hayat.

Teringat sebuah doa yang dikongsi suami tercinta, yang diriwayatkan oleh Tarmidzi, no 3599,

Allahumman fa’ni bimaa ‘allamtanii, wa’allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.

“Ya ALLAH, berikanlah manfaat kepadaku atas apa yang telah KAU ajarkan padaku, ajarkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmuku.”

Posted at 10:00 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

wahai tuan rumah dan tetamu..!

Alhamdulillah hari ini dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH, saya memiliki (baca: dipinjamkan ALLAH) sebuah rumah yang sederhana besar. Rumah indah bagi saya yang diperolehi dari usaha suami saya yang komited dalam lapangan kerjayanya yang menjadi sumber rezeki buat kami sekeluarga yang amat mengasihinya.

Rumah ini seringkali didatangi tetamu. Terutamanya teman-teman yang bersama meniti perjalanan tarbiyyah islamiyyah. Tempat kami memproses hati dan peribadi, berusaha menjadi insan yang lebih baik dan lebih baik.

Tetamu berkunjung silih berganti, lalu saya mungkin dah terlupa adab-adab menerima tetamu. Padahal Rasul memesan pada umatnya untuk memuliakan tetamu. Antara hal-hal yang yang dianjurkan bagi tuan rumah( shohibul bait) , saya kongsikan hanya poinnya di sini (dalilnya cari dan bacalah sendiri ya...) :

1-       Menjawab salam

2-       Bertanyakan nama

3-      Boleh menolak tetamu (dengan adab –sekiranya ada keuzuran)

4-      Menyambut tetamu dengan wajah berseri

5-      Berjabat tangan/berpelukan

6-      Tidak menyambut tetamu berlainan jenis ( jika tiada mahram/suami di rumah)

7-      Menjamu tetamu sesuai dengan kemampuan

 

Dan sekiranya saya pula yang berkunjung ke rumah orang lain, ada beberapa perkara juga yang perlu diperhatikan, jua menjadi adab, antaranya:

1-       Meluruskan niat

2-       Meminta izin/ Memberitahu kedatangan

3-      Menentukan masa datang dan pulang

4-      Berwajah ceria dan berkata yang baik

5-      Membawa hadiah/buah tangan

6-      Tidak terlalu kerap berkunjung

 

Pada teman-teman yang selalu menerima diriku sebagai tetamu, maafkan lah kesilapanku sebagai tetamu kalian, terlupa kadang-kadang… L

Dan jemputlah bertamu ke rumahku, moga tercipta keberkatan dan kasih sayang… :)

Posted at 08:21 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

7/30/2009
duhai teman, ujian ini mendekatkan diri kepada tuhan..

Temanku meluah rasa, beratnya ujian yang menimpa..

 

Duhai teman, mendengar saja merasa beratnya situasi yang melanda…Tiada ungkapan terbaik, sabarlah. Sabarlah dan berdoa. Sabarlah dan berusaha. Sabarlah menimbang jalan keluar yang ada.

 

Duhai teman, teraniaya dirimu bukan sia-sia.. Ada makbul sebuah doa di situ. Ada extra perhatian dan perkenan tuhan untuk permintaan-permintaanmu, insyaALLAH.

 

Duhai teman, ku rasakan sakitnya hatimu dengan perbuatan insan yang seolah melupakan tujuan kehidupan. Mereka terlupa segala ini ada balasan. Namun ku harap jangan sekali penganiaayan itu dibalas dengan kejahatan.


Kejahatan dibalas kejahatan hanya membawa kesengsaraan yang tak berpenghujung. Duhai teman, firman tuhan, "tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik"- mudah2an ada kebaikan yang jauh lebih besar di akhir perjalanan..

 

Duhai teman,  ujian kesulitan ini sering membawa kelukaan dan kekecewaan, kerana hati kita bernama insan lemah dan mudah berkeluh kesah. Namun, di balik ujian ada dorongan untuk merintih selalu pada tuhan. Ujian tak putus itulah yang membangun tubuh untuk sujud di pertiga malam.

 

Ujian inilah yang membelah jiwamu untuk terus menghampiri dan mersa dekatnya tuhan.

 

Duhai teman, benar, derita di mata manusia belum tentu derita di nilaian ALLAH.. Manusia melihatmu dalam derita, sedangkan kemanisan iman itu sering saja dirasakan waktu kesulitan, menyerah kelemahan dan ketidakupayaan pada tuhan…

 

Dirimu melihat manusia dalam bahagia, namun siapa tahu andai susuk-susuk bahagia itu sebenarnya hanya luaran, sedangkan dalaman tak tersentuh dengan kasih sayang tuhan dan keimanan.

 

Ujian keburukan itu sering memandu diri-diri kita pada cintaNYA.. manakala ujian kebaikan itu sering saja melupakan kita pada DIA yang melimpahkan kebaikan itu…

 

Ujian kesulitan ini mudahan membawa dirimu kepada cahaya kebenaran.. Moga kesabaranmu atas penganiaayaan insan ini memimpin dirimu ke syurga tuhan..

Posted at 06:23 am by nur_syauqeena
Make a comment  

7/26/2009
aku ingin pulang

Tidak sampai 5 minit duduk di dewan kuliah pagi itu, air mataku menitis tanpa ditahan-tahan. Perkongsian muajih tentang kisah Rasulullah SAW benar-benar meruntun hatiku. Insan yang mulia, yang menunjuk ajar segala jalan kebahagiaan hidup, terasa hinanya mengenang diri yang sering alpa jauh dari petunjuk yang dibawa Baginda sedangkan kononnnya banyak ilmu terpahat di dada.

 

Tangisanku di hati di mata bersambung lagi selepas selesai giliranku berkongsi satu topik untuk mencapai muwosafat yang ditetapkan. Semakin banyak ilmu yang dikongsi, semakin banyak gambaran dosa yang mendatangi. Tanggungjawab yang tak tertunai dengan baik, hak hak suami, ibubapa, teman-teman yang kelak dipersoalkan.

 

Semakin banyak yang disampaikan, semakin banyak rasa rasa ingin pulang dan pergi, tidak mahu menambah neraca timbangan keburukan. Mengucapkan tidak mengamalkan. Berilmu tapi tak mempraktiknya selalu..

 

Berulang kali hatiku merintih..’ya ALLAH, aku nak balik.. aku nak balik ya ALLAH..aku nak balik bertemuMU… bawalah aku balik, bawa aku pergi jauh-jauh dari sini..’

 

‘Tapi kalau aku nak balik, aku nak bawak apa..aku tak ada apa-apa ya ALLAH melainkan karung-karung dosa..aku nak balik tapi aku takut ya ALLAH… takut tak diterima.. di dunia terbuang kerana kemaksiatan dan kelalaian, di akhirat tak di pandang..’

 

Mendengar untai-untai kata yang menyentuh hati dari teman-teman seperjuangan di program itu membawa diriku merenung kesedihan yang menjalar di hati. Aku nak balik ke sana, tapi rasa cinta dunia menebal dalam jiwa. Aku nak balik kesana, namun tiada bekal pengiring ke alam sana, timbunan dosa . Ku sangat takuti rahmat dan redha yang mungkin tak mampu ku gapai,,,

 

Kerana takut, juga kerana cinta dunia., maka tidak mahu meninggalkan dunia ini. Rasa amat sangat cinta pada keluarga- pada suami, pada ibubapa dan adik beradik yang jarang ditemui... Sedihnya membayangkan diri andai dipilih untuk pergi dari dunia ini.

 

‘Ya ALLAH, nak balik tapi rasa sayang sangat nak tinggalkan suami, nak tinggalkan mak abah,.. tapi Ya ALLAH..Engkaulah sebaik pelindung dan pemelihara..  Gantikan diriku dengan suatu yang jauh lebih baik buat mereka. Lindungi mereka, tunjukkan mereka jalan ke syurga… Ampuni mereka, ampuni insan lainnya yang ku sakiti bermuram durja keranaku..

 

Ya ALLAH.. rasa nak balik,ingin pulang bertemuMu, namun ketakutan yang menjelma mengenang di alam barzakh sana, tiada jalan kembali.. di sini masih banyak ruang dan peluang memperbaiki kesalahan…azab kubur dan nerakamu, tiada lagi kehidupan untuk membetulkan kesilapan…

 

Ya ALLAH … kedasyhatan alam sana menakutkan diriku, walau diri ingin berlari menujuMU.. di sini, ada peluang membersih dosa, ada peluang mengutip pahala, ada peluang meraih redha, di sini ujian yang ada juga berat terasa.. syaitan yang tak putus asa... nafsu yang menggoda.. perhiasan dunia... cry

Posted at 07:38 am by nur_syauqeena
Make a comment  

7/24/2009
tentang kerjaya

Jam menunjukkan pukul 10.10 minit malam. Saya baru sahaja habis menonton rancangan Aircrash Investigation di Astro. Beberapa kali menonton rancangan tentang tragedi kapal terbang ini menerbitkan rasa gusar di hati bila mana suami keluar bekerja. Jam 10.10 minit malam ini juga suami saya dijadualkan berlepas menerbangkan pesawat ke Banglore. Semoga ALLAH memelihara keselamatan perjalanannya.

 

Setiap kerjaya punya cabaran dan dugaannya. Saya makin memahami kenapa suami saya berkarakter  seorang yang sangat teliti dan sangat mementingkan keselamatan. Kerjaya sebagai juruterbang yang membawa ratusan penumpang di udara perlu mendalam ilmu dan kemahiran, jua serius, fokus dan berfikir pantas untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.

 

Dari siri rancangan Aircrash Investigation itu, saya rasa ngeri memikirkan kesilapan dan kegagalan pilot memahami real problems dalam tugasannya boleh membawa kecelakaan. (walaupun sebenarnya kecelakaan itu boleh saja menimpa di mana-mana). Betapa keberadaan di udara itu memerlukan tawakal yang tinggi (baca : usaha+doa) bagi kedua-dua pihak pemandu dan penumpang.

 

“…abang dah tiba di Hongkong. Alhamdulillah selamat mendarat walaupun cuaca buruk…”

 

Lega hati seorang isteri bila mana suami sms me‘report’ setiap kali selamat mendarat. Bila faham risiko dan cabaran kerjaya suami yang menjadi sumber rezeki kami, bertambah rasa cinta dan kesedaran untuk sentiasa menjadi kekuatan pada suami di jalan kehidupan.

 

Sebahagian orang merasakan kerjaya sebagai pilot menyeronokan kerana bisa menjelajah dunia, tapi biasa-biasa saja pada suami saya yang telah menjejak kaki ke pelusuk dunia atas tiket kerjaya.

 

Cuma mungkin antara lain kelebihan yang mampu digarap hasil dari permusafirannya ke segenap bumi ALLAH ini ialah kemampuannya untuk benar-benar melihat dan memahami kesyumulan islam yang relevan merentasi sempadan masa dan tempat.

 

‘Dalam keletihan dan tekanan, moga kerjaya abang ini menjadi wasilah untuk kita semua istiqamah beriman.. dalam menelusuri jalan pulang menuju tuhan’.

Posted at 07:17 pm by nur_syauqeena
Make a comment  

7/6/2009
SLIiM SAMBEST Julai 2009

Alhamdulillah bulan Julai ini empat grup berpecah ke kawasan berlainan  untuk Jaulah SLIiM yang dirancangkan berlangsung pada minggu pertama setiap bulan. Diri ini ditugaskan untuk berada di SAMBEST (SMA Bestari Subang) bersama beberapa lagi teman untuk mengendalikan para peserta TIngkatan 4 berjumlah seratus lebih.

Pengalaman pertama Program SliIM ini ku uruskan bersama pelajar sekolah menengah, sedangkan yang sebelum-sebelum ini dengan pelajar IPT yang lebih serius dan fokus. Adik-adik Tingkatan 4 ini juga fokus pada agenda yang kami rancang, cuma mungkin seriusnya kurang lantaran bergelar remaja. Mereka aktif dan ceria hingga kami teruji untuk mengatur dengan baik gerak langkah mereka.

Mereka memberi respon yang baik, namun pihak kami terasa kekurangan kakitangan dan peralatan dalam menghidangkan slot yang terbaik buat mereka. Apapun, sebahagian objektif tercapai dengan beberapa perkara yang perlu ditingkatkan.

Rasa seronok dan bersemangat berhadapan dengan genersi fityah seperti ini yang mencintai ilmu dan iman. Peribadi-peribadi yang masih muda berakhlak baik dan berhati bersih, insyaALLAH. Kami bersama-sama mereka beberapa waktu ini untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan dunia yang banyak meragut peribadi suci dan positif generasi muda muslim.

Kami membina misi dan visi seiring dengan mereka, apatah lagi mereka bersekolah di sekolah yang mempunyai visi yang teguh tertulis – untuk melahirkan generasi daie yang berilmu, beramal dan berketrampilan serta mampu berdaya saing dalam membina kesejahteraan ummah. Jarang-jarang sekali mana-mana sekolah meletakkan misi dan visi ‘sebesar ini’, dan misi ini sebenarnyalah yang menyatukan kami dengan para peserta dan harapan pihak sekolah.

Empat orang sahabatku dalam program SliIM kali ini, kesemuanya adalah bekas pelajar sekolah yang kini menjadi tempat untuk mereka beramal soleh insyALLAH. Walaupun diriku dan mereka berlainan sekolah, namun jalan ini telah menemukan dan menyatukan hati-hati kami. Dari tak tahu, kami saling memberitahu. Dari sekadar kenal rupa, kini hati terasa kemanisan persaudaraannya..

Moga ALLAH beri kekuatan untuk kami mengatur dan mengkoordinasi SLiIM yang lebih baik di waktu seterusnya.

 

Posted at 07:23 am by nur_syauqeena
Make a comment  

6/27/2009
Ujian ... untuk mengenal diri

Sudah agak lama juga saya meninggalkan 'dunia exam' di institusi formal bernama universiti. Teringat dulu sewaktu setiap kali menjelangnya musim exam, test atau quiz – hampir semua teman-teman berkepit dengan nota. Di perhentian bas, di dalam bas, di kafe, di surau, di bilik tv - pasti ada notes di tangan.

Waktu itu, tujuan kebanyakan pelajar mengulangkaji sebab nak lulus subjek yang berkenaan. Untuk maintain CGPA.  Jarang sekali rasanya ilmu yang tercatat di kepingan nota-nota colourful itu bertujuan untuk diingat dan dihayati sepanjang zaman.

Nah, tanyalah diriku sendiri.. Selama beberapa semester mengambil kursus Kaunseling, dengan seribu satu theories dan skills yang dipelajari, berapa banyak yang masih diingati dan difahami saat ini…? Apatah lagi yang di terjemahkan secara reality…?

Antara teori kaunseling yang masih ku ingat TAJUKnya adalah REBT, Adlerian, PsychoAnalytic, Behavioral – Cognitive, Solution- Focused…tajuknya adalah juga ingat,… ISINYA..??? hmm sedih nak cakap tapi memang tak ingat langsung isinya secara specific…

Bila jadi macam tu, seolah-olahnya sebaik sahaja habis test atau exam, apa yang dipelajari dan diulangkaji -ditinggalkan, disangkutkan di bilik peperiksaan… terus lupa (dilupakan??) dan tidak lagi ilmu itu dibelek-belek. Kepingan-kepingan nota mungkin dah dihapus kira.

Sebenarnya tiba-tiba menulis tentang exam, kerana hari ini bertungkus lumus menyiapkan soalan-soalan terakhir open-book test untuk akidah. Wah…memang sangat teruji skill menjawab soalan dan ilmu-ilmu yang berkaitan.

Sesama teman setarbiyyah mengeluh 'susahnya' soalan yang diberi… Soalan-soalan itu bunyinya mcam biasa-biasa aje, tapi bila diminta huraikan, tak tahu apa yang nak dikembangkan…dan lagi sedih, tak tahu buku apa nak dirujuk walau memang dibolehkan buka buku.. Soalan jadi susah kerana ilmu yang teramat dibawah:(

Di sinilah .. kertas-kertas ujian ini menjadi salah satu pengukur diriku… Ilmu akidahku yang rapuh. Kefahamanku tentang Asma dan Sifat ALLAH yang masih terlalu-lalu dangkal… Kekurangan diriku menukil dalil-dalil tentang keimanan dan kekuasaan ALLAH untuk menguatkan hujah.. Lalu buku-buku ku baca dengan tekun untuk mencari jawapan, yang penting diri ini juga berusaha untuk terus melekatkan ilmu itu diminda…

Tidak mahu seperti zaman kampus, yang mana sebaik keluar dari dewan  exam, ilmu yang difaham dan dihafal turut keluar hilang dengan debu-debu jalan…Saya mahu jadikan ilmu yang saya baru cari dan jumpai dalam test akidah ini menjadi bekalan dalam saya melangkah di sebuah universiti mencabar bernama kehidupan…

 

 

Posted at 01:55 am by nur_syauqeena
Make a comment  

6/16/2009
Selamat Pengantin Baru, Syuhada & Nasa

Buat dua saudara-saudaraku yang kita saling bertaut hati kerana akidah, Syuhada dan Nasa.

Moga terlimpah keberkatan ALLAH ke atas kalian. Moga ALLAh mengumpulkan kalian di dalam keberkatan.

Tahniah atas pernikahan kalian..! Gembira sekali diri ini dapat bersama menyaksikan perjanjian besar yang kalian ikat bersaksikan ALLAH.

Menitis air mata. Terasa di hati, ini bukan jalinan main-main. Pernikahan yang kita bangunkan akan satu persatu dipersoal di hadapannya kelak. Amanah-amanah berat di dalamnya.

Kalian kata kalian ikhlas mencintai keranaNYA… keiklasan itu akan teruji, insyaALLAH.

Kalian kata kalian ingin menjadikan rumahtangga ini seperti yang ditunjuki nabi, keinginan kalian akan teruji, insyaALLAH.

Bukan diriku yang memberi ujian, pastinya ujian itu dari ALLAH. Sekadar berkongsi pengalaman diri dan orang lain.

Teruslah melangkah,…banyakkan usaha, banyakkan doa, banyakkan komunikasi+sabar+syukur, jangan lupa banyakkan senyum…J

 

Posted at 08:15 am by nur_syauqeena
Make a comment  

Previous Page Next Page