|
|
 |
 |
10/1/2009
wahai diri..mulalah. bermula semula~
“Ya ALLAH, aku memohon kerinduan untuk bertemu dengan MU.. Ya ALLAH hiasilah kami dengan hiasan iman, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang diberi petujuk dan memberi petunjuk…” (Riwayat An-Nasaie)
Wahai hati, adakah merasa rindu kepadaNYA? Wahai hati, adakah ingin pada perhiasan lainnya..atau inginkan perhiasan iman..? Wahai hati.. adakah hatimu kau gilap untuk memberi petunjuk pada orang lain..?
Cuti raya tidaklah panjang mana, namun cuti yang turut mencutikan halaqahku, sedikit sebayak memudarkan semangat fastabiqul khairot. Hati ini tak kuat dalam sendiri. Hati jua rasa sepi dalam keramaian, hati dicuit-cuit kesedihan dalam berkecukupan. Kerana apa..?
Kerana hati tidak disentuhkan dengan kasih sayang tuhan. Hati yang tidak diperingatkan dengan keikhlasan, kerberterusan amal soleh dan tujuan kehidupan.
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Pertemuan di majlis zikir petang tadi begitu bermakna, lantaran kebelakangan ini hati yang di dalam dadaku ini kurang berzikir. Terima kasih adik-adikku yang berkongsi rasa hati, berkongsi nasihat yang mengecas hati yang layu lesu ini.
Seorang sahabat menghantar sms, meminta dirinya diberi nasihat.. Duhai teman, tidak terungkap lafaz nasihat dari hati yang rapuh tanpa sokongan ruhiyyah. Sanubari ini jua perlu nasihat. Marilah kita bersama bermula.. Menghidupkan iman dengan solat malam, tilawatul quran, mentadabbur ayat-ayatNYA dengan penuh perasaan, mari kita bersihkan hati agar mampu kita sebarkan kebenaran dalam kasih sayang dan kesabaran.
Duhai teman, ruhiyah ini kita persiapkan terlebih dahulu dalam langkah menyeru kepada tuhan, jika tidak, tak kan mampu memberi sentuhan keimanan pada jiwa dahaga yang mendengarkan..
Ayuh teman, setelah jatuh, kita bermula semula. Hidup ini perjalanan.. tempat mengumpul bekalan dan kebaikan.. menghadapNYA yang menjadi saksi atas setiap apa yang kita kerjakan..
Di sana, jiwa-jiwa pemuda dahaga didikan bernuansa keimanan.. Siapakah yang akan menunjuk jalan jika bukan kita yang meniti di atas jalan pentarbiyyahan..? Musuh-musuh islam dan musuh manusia bernama syaitan tidak lelah dan tidak lesu apatah lagi bercuti..., apakah kita membiarkan diri kita menyerah tidak mentarbiyyah..?
Baikilah dirimu dan ajaklah orang lain memperbaiki diri
Posted at 08:14 pm by nur_syauqeena
Permalink
9/15/2009
Assalammua'laikum wa rahmatullah
Hari ini ku kongsikan sedikit coretan sahabatku yang berada di seberang Laut China Selatan, yang sering menjadi tempatku memohon pandangan, saling kami berkongsi pandangan tentang erti kehidupan, jua hakikat alam pernikahan yang baru kami jejaki...
Sahabatku, Ayu Solehah antara lain menulis di blognya:
Konflik, jangan ditanya, pastinya akan terjadi, namun janganlah dibawa sehingga menjadi kontroversi yang dinantikan oleh syaitan dan iblis. Gunakanlah ciri kepimpinan semulajadi yang Allah bagi pada isteri dan suami untuk menangani.
Dengan pembacaan buku, maka terkawallah sikit lebihan emosi kewanitaan yang keterlaluan tatkala menghadapi konflik. Dan selalunya, perempuanlah, dalam erti kata lain akulah yang selalunya memanjangkan dan mewujudkan konflik konflik "manja"...rasanya untuk meraih perhatian suami. Doakan agar suamiku tetap sabar dan sanggup berkongsi cinta dengan ku lagi sampai habis usiaku… amin.
*****************************************************
Hanya kepadaMu ku merintih, ku merebahkan diri sehina hamba abdi pada TuanNya……kehidupan di dunia sesuatu yang misteri, hanya sedikit baru dirungkai… masih banyak lagi rungkaian yang pasti akan menjadi pelengkap kisah hidup ini…. Ya Allah Tuhan yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung ganang diatasnya..
Janganlah biarkan hati ku , hati suami ku, hati keluargaku, hati keluarga suamiku, hati guru-guru ku, hati sahabat-sahabatku dan hati-hati pelajarku, dan hati hati saudaraku letih, berhenti, terhenti sehingga mati …mati dari mengejar Rahmatmu.
Lemparkan kami kasih sayangMu , rahmatMu, kasih sayangMu.. Sesungguhnya kami takut dengan Siksaan Api neraka..
Ya Allah, jadikan Hati-hati kami suci bersih dari noda-noda hitam sebagaimana hati kekasihMu… Peganglah dan ikatlah hati kami supaya tidak tergelincir dari landasan iman dan taqwa…amin..
*****************************************************
Aku tidak berkongsi suami dengan sesiapa, namun Allah menguji aku dengan keterbatasan waktu dan jarak untuk aku menyatakan & mempamerkan cinta pada sang suami..
Supaya aku sedar di bumi yang nyata…bahawa suamiku hak milik kekal penciptaNya, dan aku hanya meminjam kasih untuk sementara. Jadi hargailah apa yang ada! Bersyukurlah seadanya!Alhamdulillah...!
Posted at 07:26 pm by nur_syauqeena
Permalink
9/9/2009
Stress...? Allah kan ada..
Diri ini sejak dulu sangat allergic dengan kerja-kerja yang berkaitan mathematics, kira-kira, ilmu hisab, nombor-nombor dan yang sewaktu dengannya –tapi amanah yang diberi terpaksa dilaksanakan -menjadi bendahari tak bertauliah pada ‘grup solehah’kami (ameen..!)
Stress bila terpaksa membuat kira-kira perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk program-program dan terpaksa merekod jumlah wang masuk, terpaksa membahagikan mengikut peratus-peratus wang yang diinfaq… terpaksa… terpaksa… berulang kali cakap terpaksa akhirnya benar-benar terseksa..
hai, tak ikhlas ke...?
padahal sebenarnya kalau berusaha memandang positif penuh ‘kasih sayang’ pada tugasan yang bermain dengan wang dan nombor itu, pasti tidak terasa benar bebanannya…
Beberapa ketika rasa stress di depan laptop bertemankan kepingan ringgit hijau merah dan buku bendahari, rasa tertekan, nak mengadu pada kawanku si akauntan, dia tak jawab call. Nak mengadu pada sahabatku yang ‘kaya;, juga tak dapat dihubungi. Sekadar nak mengadu meluah perasaaan dan bertanya – kenapa saya kira macam tak betul, atau saya je yang rasa tak betul, padahal dah betul…ish..ish..payah jaga harta nih, keluh kesah lagi...
Rasa stress juga timbulkan rasa nak mengadu dengan housemate.. tapi housemate tercinta tiada di sisi, bertambahlah stress. Stress, plus penat minda, penat mungkin sebab memaksa fikiran bekerja dalam keadaan terpaksa.. L
Setelah berusaha menyiapkan tugasan semampunya, naik tingkat atas, terus baring dan tiba-tiba nangis. [Tulah perempuan, nangis dan nangis… oppss bukan semua perempuan cengeng macam saya kan…??!)
Tiba-tiba rasa, sedih,,, kenapa tak cari DIA dulu…? Kenapa tak sampaikan rasa hati pada DIA yang selalu ‘online”…? Berharap ketenangan dari manusia, manusia kan selalu tiada … manusia kan sama juga lemahnya…??
Waktu zuhur beberapa minit telah berlalu, membangunkan diri berwuduk dan bersiap-siap untuk solat… Ohh.. ALLAH Maha Dekat, hanya diri yang terlupa…

Posted at 04:33 pm by nur_syauqeena
Permalink
9/6/2009
Beberapa ‘little things’ yang suami ku lakukan, menambah jumlah yang besar pada akaun perasaan positifku sebagai isteri. Jika aku bersiap-siap untuk keluar ke halaqah atau program, apatah lagi adakalanya terkejar-kejar sebab takut terlewat, suami dah sedia menghidupkan enjin kereta dan membuka gate. Suami tolong-tolong menghidang sewaktu nak makan e.g sendukkan nasi, isikan air minuman. Suami ingatkan untuk makan ubat atau supplemen.
Kalau suami tak lakukan perkara-perkara itu, tidak lah rasa kasihnya berkurang. Apatah lagi memang tak terfikir diri ni nak susahkan suami buat little things since he’s been working hard for our family, namun little things yang suami lakukan ada sumbangan dalam menyemarakkan rasa kasih isteri ini pada suami. Hati seorang isteri rasa dipeduli, disayangi.
* * * * * *
Kehadiran nana (Makcikku yang berusia 80an) yang comel di rumah kami membawaku memuhasabah diri – bagaimana menyeimbangkan antara keluarga dan tuntutan lainnya. Dalam kesibukan yang kekadang menjelma, masakan saban hari bertemu nana hanya untuk say hi hi, bye, bye… terima kasih nana, menjadi teman dan cermin merangkap penasihat saya dalam beberapa hal.... maafkan saya kadang-kadang seolah melupai kehadiran nana, hingga adakalanya terabai kebajikan nana..
* * * * *
Diriku suka menikmati pemanduan berseorangan – bila memandu, menjadi masa yang selesa untukku meluah perasaan pada Yang Maha Mendengar, menjadi masa untuk merenung hari-hari yang di lalui dan yang paling ku sukai ialah , ada pemandangan-pemandangan sepanjang pemanduan yang boleh ku ambil iktibar. Hatiku cukup tersentuh bila melihat kesusahan orang lain yamg mampu ku rasakan bila membandingkan dengan diriku yang dah hidup senang ( dan suamiku sering membetulkan – hidup berkecukupan).. Nikmat tuhan yang manakah yang Kamu dustakan…? Tidakkah bimbang dengan istidraj…?
* * * * * *
Airmata fitrah mengalir di Mukhayyam FiTRAH di Nur Laman Bestari, ULU YAM.. Program perkhemahan yang sedikit sebanyak mengingatkan kami tujuan hakiki kehidupan dalam kami merancang kehidupan dunia. Pertama kali diriku menitiskan air mata bersama rakan-rakan sehalaqah. Mendengar luahan hati para peserta yang gembira bersama teman-teman yang mngingatkan pada ALLAH. Dalam putus asa dan semangat mengendur, dicaj perasaan dengan taujihat rabbaniyyah. Terima kasih teman –teman yang mengasihi diri ini.
Posted at 01:21 am by nur_syauqeena
Permalink
Kesalnya rasa hati melihat prasangka-prasangka buruk yang bermaharajalela telah merosakkan hubungan kawan dan persaudaraan. Kesalnya rasa hati apabila prasangka-prasangka buruk terhadap seseorang telah memadam kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh orang itu. Adilkah hanya mendengar cerita satu pihak untuk menilai konflik yang berlaku antara dua pihak? Adilkah hanya mengiyakan cerita sebelah pihak tanpa ada ruang untuk pihak yang satu lagi membela diri…?
Terlihat di hadapanku satu hubungan menantu dan mentua terputus selama beberapa tahun kerana prasangka si menantu bahawa mentuanya itu telah memburuk-burukkan dirinya – hanya dengan mendengar cerita orang, tanpa dia bersemuka dengan mentuanya untuk menilai dengan adil.
Hadir di hadapanku seseorang yang berprasangka telah menceritakan keburukan seseorang – keburukan itu dipercayai hanya dengan mendengar cerita orang tanpa ada tabayyun untuk lebih adil menilai permasalahan.
Prasangka itu membunuh. Membunuh kasih sayang. Membunuh silaturrahim. Kerana kebanyakan prasangka itu salah, penuh dosa. Membiarkan syaitan ketawa gembira dengan campurtangannya yang terus menerus meletakkan diri manusia dalam prasangka.
Diri ini juga belajar nilai penting bahawa hubungan suami isteri itu mudah saja kucar kacir dengan prasangka-prasangka yang bermain di jiwa. Si suami berprasangka begini, si isteri berprasangka begitu. Sedangkan, jika mencari jalan mengkomunikasikan perasaan, prasangka tidak akan terus memecahbelahkan.
Gunakanlah setiap peluang dan keadaaan untuk menjernihkan pprasangka. Manfaatkan teknologi untuk saling menjelaskan kekeliruan. Manfaatkan modal pancaindera yang ALLAH anugerahi untuk mematikan prasangka yang menipudaya. Bertanyalah, untuk mendapat jawapan. Diamlah dan jangan menyampaikan keburukan orang lain, jika itu hanya prasangka yang terbit memancar di lubuk perasaan.
Sungguh, hidup dalam prasangka itu menyedihkan, mengecewakan.
Posted at 01:11 am by nur_syauqeena
Permalink
9/2/2009
masih kah ada cinta untukku?
Teman, beberapa musim telah berlalu. Masihkah ada cinta untukku…?
Dalam doa dan pengharapan, kabur jalan meneruskan hubungan. Seolah noktah menjadi jawapannya.
Cintaku masih ada. Ku bawa bersama. Suka duka yang dilalui, masih menghuni jiwa menjadi teman meneruskan perjalanan.
Ramadhan lepas tanpa berita. Ramadhan datang lagi. Masih di sini, menanti. Merindui. Atau perlukah ku pergi menemui…?
Posted at 11:10 pm by nur_syauqeena
Permalink
8/13/2009
Diri teringatkan adik-adik halaqah yang bercuti yang telah sebulan tak ditemui… Cuti masih bersisa bagi adik-adik INTEC dan kolej persediaan yang lainnya, yang merupakan hari-hari penantian kepada keputusan peperiksaan yang penting sebelum merkea kembali ke kampus di luar atau dalam negara. Cuti masih juga berbaki bagi adik-adik yang belajar di luar negara, yang kini kembali bercuti di bumi Malaysia..
Adik-adikku sayang, mari muhasabah tempoh cuti..
Makin meningkatkah iman dan amal soleh…?
Makin soleh dan solehahkan sebagai seorang anak…?
Makin banyakkah al-quran, hadith dan bacaan ilmiah yang telah dihadam…?
Atau…
Iman dan amal soleh khabarnya semakin tak sihat…?
Dengan mak ayah malah adik beradik situasi bosan dan menegangkan…?
Atau filem, lagu2 kegemaran, bacaan hiburan ringan yang seringkali jadi pilihan mengisi masa lapang di sebalik al quran…?
Adikku, dirimu mengeluh akan kesukaran menjaga kesegaran iman dan semangat amal semasa di rumah… Kerana di rumah teman rapatmumu ialah televisyen, internet etc tanpa rebut-rebut nak mandi pagi dan ke kelas, tanpa perlu pening kepala mengejar dateline assigments, tanpa perlu risau memenuhkan mutabaa’ah halaqah… maka amat mudah lalai dan leka…??
Di INTEC atau di kampus sering sibuk, dengan studi, dengan aktiviti persatuan, dengan halaqah dan program tarbiyyah lainnya, sering saja diburu kelelahan dan tekanan mengejar jadual yang padat.
Teringin nak rehat atau bercuti seketika. Namun masa cuti atau rehat kini seolah-olah jadi racun senyap yang merbahaya..
Kini di kampung bersama keluarga, mudah saja masa lapang dibuang percuma atau di gunakan untuk perkara yang tak jelas manfaatnya…??
Rasul SAW berpesan akan 2 nikmat yang manusia selalu lupa, nikmat sihat dan nikmat masa lapang.
Adikku sayang, beberapa hari atau beberapa minggu lagi masih ada sebelum insyaALLAH kalian meneruskan kembali perjuangan ilmu akademik.. bangunlah, segarkan diri dengan tarbiyah dzatiyyah – membina upaya untuk mengembalikan kemanisan iman dan meluruskan orientasi kehidupan.
Tilawahmu…tahajudmu.. iqra dan ibadah sunnah lainnya, pertingkatkanlah kualiti dan kuantitinya.
Ibadah wajibmu, pereselokkanlah ia. Inilah tarbiyyah dzatiyah kita - amal ibadah sebagai penghubung hati dengan ALLAH. Setiap ruang dan masa jua jawatan sebagai anak, pelajar atau pekerja, usahakanlah agar punya nilai di sisi ALLAH.
Sekolah dan kelas bercuti, iman jangan sesekali dibiarkan bercuti…!
Posted at 07:36 pm by nur_syauqeena
Permalink
8/8/2009
“Abang belum minta maaf lagi…,” ujar suamiku, merujuk pada ‘kisah sedih’ kami semalam. “Abang minta maaf ya…”..
Terdiam. Sedih. Bagi diriku, sekalipun orang yang punya kesalahan tidak meminta maaf, namun hati ini berusaha memaafkan dan melupakan. Habis. Mulakan cerita baru. Tidak perlu membawa kisah jua perasaan negatif bersambung-sambung dalam kehidupan harian. Seperti yang pernah ku baca, ibarat membawa beg yang berisi kentang busuk apabila manusia membawa dendam, dan perasaan tidak memaafkan.
Apatah lagi, kata maaf yang suamiku ucapkan itu tidak lain bukanlah kerana salah besar dirinya, hanya kerana misunderstanding yang tidak dikawal oleh emosi seorang isteri ini…
‘Huhu abang, sedih saya abang cakap macam tu..Saya yang salah…’
Apapun, bagi hati seorang isteri ini, tidak ada perkataan yang lebih baik terucap dari suami melainkan kata maaf, yang menghilangkan segala perasaan negatif tentang kisah sedih yang telah berlaku. Diriku jua sering berbuat salah, ingin selalu dimaafkan, maka tidak ada alasan untuk tidak memaafkan orang lain.
Walaupun kisah sedih tidak ku ceritakan secara mendalam, ada pengajaran mendalam yang ingin dikongsikan.
“Sesungguhnya syaitan hadir di sisi kalian setiap sesuatu yang kalian lakukan…” (Riwayat Muslim).
“Ukhti, ukhti tak patut buat macam ni kat suami ukhti, ukhti dah kalah dengan syaitan. Ukhti terlalu ikut perasaan…” Kata sahabatku itu membelahkan lagi jiwa ku dengan tangisan kesedihan. Kebetulan dia menelefon diriku sewaktu ‘kisah sedih’ berlaku.
Ya ALLAH, terlupa… HambaMu ini terlupa. Membiarkan diri dikuasai sentuhan syaitan. Semakin banyak ilmu, semakin besar ujian. Sejauh mana ilmu diamalkan. Sebab itu ada zikir pagi dan petang yang Rasul SAW anjurkan. Agar manusia selalu dekat dengan sentuhan kebaikan. (Sentuhan syaitan dan sentuhan malaikat – hadith Sahih At Tarmizi)
Bukankah bala tentera syaitan yang hebat adalah yang mendatangi seseorang hingga menceraikan isterinya??? (seperti dalam Hadis Muslim)
Saudaraku, janganlah kita menjadi para isteri yang mendorong suami melafazkan penceraian…
Jangan lupa membaca Bismillah sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah. Agar rumah kita tidak menjadi penginapan syaitan. Agar syaitan sempit ruang untuk berlegar-legar di antara kita dan pasangan.
Jangan kerisauan melangkah ke alam perkahwinan hanya pada kekurangan material, namun risaukan juga akhlak perbuatan dan percakapan. Rumahtangga bisa bergegar dengan akhlak buruk, rumahtangga mudah goyang dengan jiwa yang jauh dari Al Quran.. Kerana seperti yang disebut kalam ALLAH, bagi yang jauh dari syariat tuhan, maka syaitan menjadi teman karibnya,…
Perjalanan sebuah pernikahan bukan sebulan atau setahun, bukan sepuluh atau dua puluh tahun.. namun, andai diri merindui kehidupan sebenar yang abadi, perjalanan pernikahan itu melangkaui alam dunia ke alam akhirat.
Bawalah bekal kematangan, kesabaran, kemaafan, senyuman dan kasih sayang banyak2 dalam meniti alam pernikahan… Dan bekal itu kita perlukan juga dalam kehidupan kita bersama hamba-hamba ALLAH yang lain…
Posted at 08:44 pm by nur_syauqeena
Permalink
8/6/2009
Saya menangis lagi menghantar suami ke muka pintu pagi ini. Rasa bersalah masih berkelip-kelip di dasar hati. Memandang suami dengan airmata lalu mengungkap buat kesekian kalinya, “Nurul minta maaf abang..”
“Abang maafkan...Jangan sedih..asam garam kehidupan..” Ujar suami tersenyum. “abang selalu terlebih garam…” tambahnya menghiburkan hatiku yang muram.
Tiada manusia yang suka melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tetap datang dan berlaku pada diri manusia. Seringkali atau sekali sekala. Siapa yang mengambil pelajaran, dia akan menjadi yang lebih baik. Siapa yang melupakan kesilapan, dia akan cenderung mengulangi dan merasa kesakitan atas kesalahan.
Saya baru melakukan kesilapan yang berat pada suami. Rasa sakitnya perasaan, terasa diri tak dimaafkan walau kemaafan telah terungkapkan. Diri sendiri yang merasa sakitnya sebuah perasaaan, apabila diri menyakiti insan yang paling dekat dan paling disayangi. Kesalan yang seakan tak padam..
Maafkan saya abang…! Saya tersalah menurutkan lemahnya sebuah perasaan.
Membiar diri dikuasai nafsu dan bisikan syaitan selalu mengheret manusia pada penyesalan sebuah tindakan.
Hidup adalah sebuah medan pelajaran menjadi peribadi yang lebih baik –sebagai pasangan, sebagai teman dan lain-lain kedudukan.
Pada jiwa yang rindukan sebuah kebaikan dan ketulusan meraih redha tuhan, perjalanan menjadi baik adalah jalan sukar yang panjang. Teramat panjang dan melelahkan. Tersalah langkah, Bangun dan melangkah kembali dengan berhati-hati.
Tempoh enam bulan bersama suami yang matang dan bertanggungjawab, banyak sekali benih-benih ilmu dan pengalaman yang ditaburkan dalam taman kehidupan. Perkongsian hidup ini sungguh akan mampu terus berjalan bila dua hati memilih untuk terus melakukan perbaikan, yang bermula dari mengakui kesilapan, memohon maaf dan terlebih lagi memaafkan.
Menjadi isteri solehah. Harapan setiap perempuan yang memasuki alam pernikahan.Wahai diri, pangkat solehah yang diberi ganjaran syurga ini mana mungkin bisa diraih dengan kesabaran yang sering terpadam. Mana mungkin jadi isteri solehah jika tiada kemahuan dan keteguhan hati memberi yang terbaik. Isteri solehah? Tak bisa tercapai tanpa keikhlasan yang mendalam dan kesungguhan dalam ketaatan. Ketaatan pada suami. Jua pada tuhan.
Ya rabbi, rahmati Kami. Pimpinlah kami di atas jalan yang lurus.
Posted at 10:07 pm by nur_syauqeena
Permalink
Selepas berpusing-pusing mencari jalan ke KGPA (Kelab Golf Perkhidmatan Awam) di Bukit Kiara, akhirnya dengan ‘bantuan kecemasan penunjuk jalan’ dari Dr Shiha, ku temui juga pinta masuk KGPA.
Bila dah jumpa, terasa amatlah mudah sebenarnya jalan ke sana. Apatah lagi suamiku selalu menunjukkan kawasan Tanah Perkuburan Bulit Kiara tempat persemadian arwah mama dan papa yang tidak pernah ku temui..
Jam menunjukkan pukul 10 lebih pagi itu. Sudah terlepas sesi pertama kuliah Dr Abdullah Yassin. Tapi Alhamdulillah berpeluang mengikuti sesi kuliah beliau seterusnya dari pukul 11-12 tengahari.
Niat hati mencari ilmu dan meluaskan pergaulan. Atas galakan suami, kebetulan ketiadaannya di rumah beberapa hari ini, diri menjejak kuliah-kuliah agama yang ada. Sewaktu memarkir kereta, hati dah tertanya-tanya, ‘Adakah ini majlis orang-orang kaya?’ Memandangkan hampir kesemua kereta di situ kelihatannya kategori mahal, canggih-canggih, imported.. Wow, silau mata memandang kereta yang berkilau-kilau. Kelihatan beberapa driver bersembang di sisi kereta mungkin milik bos-bos mereka.
Kemudian, menjejakkan kaki ke Dewan Seroja di KGPA, terkejut seketika. Terkejut melihat dewan besar yang penuh. Terkejut juga melihatkan para hadirin @ penuntut ilmu kebanyakannnya adalah yang berusia 4oan dan keatas. Lebih terkejut melihat auntie (yang sebahagiannya merupakan Puan-puan Sri dan Datin2…) yang begemerlapan dari segi gaya dan pakaian. Sebahagian uncle kaya memenuhi bahagian depan dewan. Terjawab persoalanku tentang kereta-kereta canggih di luar sana.
Tiba-tiba, terasa hilang perkataan dan interpersonal skill untuk memulakan langkah mendekati mereka.
Ku pandang sekeliling mencari tempat duduk, tak jumpa dan ku lihat seakan tiada yang sebaya denganku atau yang berusia 30an.. Jika ada yang lebih muda, mungkin lebih senang untuk ku dekati.. hmm adni, sejak bila pu pilih bulu ni..
Alhamdulillah, seorang auntie yang manis senyuman berusia 50an menunjukkan sebuah tempat duduk kosong berhampiran dengannya. Sebaik duduk, fokus untuk menuntut ilmu lari seketika. Dalam hati berbicara, “Bagusnya auntie-auntie kaya dan bergaya nie, majlis ilmu menjadi salah satu majlis yang termsuk dalam jadual mereka.. “
Sedangkan kebiasaannya digambarkan mereka ini hanya orang yang mementingkan glamour dan prestige..
Ish…tak baiklah aku ni bersangka sedemikian, nah, di depan mata ratusan auntie2 kaya bergaya yang humble, mesra dan terserlah semangat ilmu melihat mereka memegang nota kuliah dan buku rujukan.
Perhatian kembali fokus pada perkongsian ilmu. Dan ada juga sesi soal jawab berkaitan isu semasa. Alhamdulillah moga mereka dan diriku mendapat ilmu yang bermanfaat hari itu.
Sebelum pulang, ku hadiahkan sebuah buku tulisan suamiku pada Auntie Faridah yang mencarikan tempat duduk untukku sebentar tadi. Sambil itu berbual-bual sedikit menanyakan perjalanan kuliah itu. Dan kemudian ku berjalan ke hadapan dewan untuk memberikan buku yang sama juga kepada Dr Abdullah Yasin.
Alhamdulillah hari itu adalan perjalanan yang memberi persepsi baru tentang kuliah ilmu. Ilmu akan dapat kalau dicari dan di usahakan. Proses menuntut ilmu bukan sekadar di usia muda, namun sepanjang hayat.
Teringat sebuah doa yang dikongsi suami tercinta, yang diriwayatkan oleh Tarmidzi, no 3599,
Allahumman fa’ni bimaa ‘allamtanii, wa’allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
“Ya ALLAH, berikanlah manfaat kepadaku atas apa yang telah KAU ajarkan padaku, ajarkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmuku.”
Posted at 10:00 pm by nur_syauqeena
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|