<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


nur_syauqeena

NURUL ADNI ADNAN
HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH




~ SISTERS IN ISLAM ~

UMMU MUSA
ROHAYU ABDULLAH
NURUL FATHIM RIDAYU
YUSRINA
NURUL HUDA
UMMU WAFA'
WARDATUL ASRAR
MELISSA
TASNIM
DIANA

ASMA'
MUSFIRAH
SUMAYYAH
SHUHADA
NAWWAR HUSNA
ZURIYATI




~ MY WORLD ~


AL-FIKRAH
PAKSI
PALESTIN
PALESTIN KINI
MALAYSIA KINI
WORLD OF ISLAM
E - SASTERAWAN
CANADA MUSLIM
BRITAIN MUSLIM
INFO DAKWAH
JIM
ISLAM ONLINE



~ TENTANG TARBIYYAH ~

TARBIYYAH YANG INDAH
MOTIVASI TARBIYYAH
PERCIKAN IMAN
BEKALAN TARBIYYAH
PENGGILAP TARBIYYAH
TEMAN TARBIYYAH 1
TEMAN TARBIYYAH 2
TARBIYYAH ISLAM
WALLPAPER TARBIYYAH
BIOGRAFI SAHABAT



Sudah menjadi lumrah
kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan
mendewasakan usia
Rintangan dilalui
tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana
melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak
bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia
siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita
melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati
kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri
musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan
tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan
syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat
dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat
kita kekal selamanya




kasih manusia sering bermusim


kasih manusia tiada abadi



kasih tuhan tiada bertepi




sayang tuhan janjinya pasti...;)


cahaya dari taman syurga...mampukah diriku?



mengharap senang dalam berjuang

bagai menunggu rembulan ditengah siang

jalan nya tak seindah sentuhan mata

pangkalnya jauh hujungnya belum tiba





perempuan yang suci baik

mendamaikan hati yang memandang

menyejukkan sanubari yang berdekatan

mendekatkan jiwa hamba pada tuhan

akhlaknya indah

imannya terserlah


martabatnya ditinggikan ALLAH

auratnya untuk suami sang pejuang

cinta kasihnya pada lelaki halal yang bermaruah

kitalah yang bernama perempuan

lahir kerana RAHMAT-NYA

hidup kerana CINTA-NYA

mati dalam REDHA-NYA

ameen...insyaALLAH




<

"milikilah,jadilah...

seindah hiasan dunia

sebaik kejadian di bumi pencipta...

dialah, wanita solehah

yang redha ALLAH sebagai tuhan

yang redha ISLAM sebagai agama

yang redha MUHAMMAD sebagai rasulnya"



 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
10/31/2009
Jodoh: Kita memang berbeza

 

"Macam mana kita nak tahu lelaki tu jodoh kita kak…?" tanya Nora selepas solat. Nora adalah teman baru yang saya kenali sewaktu kali-kali pertama menjejak kaki ke masjid di Pekan Meru berhampiran kediaman kami.

Ukhti yang dikasihi, kita tak pernah tahu siapa jodoh kita hingga kita bernikah dengannya. Namun soal jodoh ada ikhtiar yang manusia boleh lakukan.

Kita boleh memikirkan, mencari dan memilih bakal suami atau isteri. Kita boleh menganalisa dan menyiasat juga merisik calon teman hidup semampunya. Malah dianjurkan melihat wajah dan bermusyawarah dalam urusan yang sebegitu penting. Jua solat istikharah.

Saya kembali membuka episod-episod  sewaktu saya dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, untuk menerima lamaran di penghujung tahun lepas. Wajar sekali ukhti itu memikir-mikir perkara ini dengan sebaiknya. Kerana kebanyakan kita memahami bahawa jodoh adalah perkara yang penting dan serius, yang memerlukan pertimbangan yang objektif dan cermat.

Melihat latarbelakang diri, saya lahir di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sepuluh tahun pertama hidup saya membesar di kelilingi kawasan kelapa sawit di Felda Pasoh 3, Jempol kemudian berpindah ke kawasan kampung tempat kelahiran ayah bonda tercinta saya di Padang Lebar[ daerah Kuala Pilah]. Selepas habis SPM baru saya menjejak kaki menjadi 'orang bandar'  Shah Alam selama lebih kurang enam tahun sebelum bernikah. Saya anak ketiga merangkap anak perempuan pertama dari 9 beradik.

17 tahun saya mengirup udara budaya felda dan kampung, bagaimana saya nak menyesuaikan diri dengan suami yang telah 38 tahun bermastautin di bandar? Suami saya membesar di Kuala Lumpur, melalui zaman remaja dan kanak-kanaknya di tengah bandaraya dalam lingkungan adik beradik hanya seramai 3 orang. Suami saya setelah bekerja dan bernikah [pernikahan pertama], menetap pula di bandar Shah Alam.

Saya datang dari keluarga sederhana, ayah seorang guru di sekolah rendah dan ibu tercinta seorang suri rumah sepenuh masa. Manakala papa [ayah mertua] seorang Timbalan Pengarah Penjabat Pos Malaysia dan mama [ibu mertua] seorang guru di sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Latarbelakang keluarga ini sesungguhnya banyak membentuk diri kita pada hari ini.

Melihat pula bakal suami saya sebagai seorang juruterbang dan seorang penulis bidang agama yang disegani, saya ketika itu hanya bekerja sementara sebagai seorang staf di sebuah poliklinik… apakah saya kuat dan rasional menghadapi perbezaan latarbelakang keluarga dan kerjaya ini..?

Nah saudaraku, antara perkara besar tentang jodoh ini ialah sejauh mana kesediaan kita untuk bertoleransi dengan perbezaan-perbezaan sebegini..? Lelaki dan perempuan sudah semestinya berbeza dalam banyak aspek.

Contohnya, walaupun suami isteri bercakap bahasa yang sama, namun sering saja memberi maksud yang berbeza. Lelaki lebih memandang 'perkara-perkara besar', perempuan cenderung memberi perhatian pada 'perkara-perkara kecil' [yang jua penting]. Perempuan suka bercakap tentang emosi dan relationship sedangkan lelaki ada kecenderungan yang lain.

Perbezaan itu pasti berlaku, sebagai salah satu bukti keagungan ciptaan tuhan. Hanya saja, sejauh mana kita membina kematangan dan kebijaksanaan mengurus perbezaan yang timbul di segenap sudut.

Seandainya perbezaan ini tidak diurus dengan baik, ketika itulah berbunga konflik dan pergaduhan. Kemudian wujud pertentangan, seandainya dibiarkan, pertentangan semakin membesar hingga kita terpaksa menjalani hidup yang terasa jauh dari suami dan isteri walau realitinya berada sebilik dan sebumbung.

Sakit dan peritnya tak terkata seandainya tidak berusaha memahami, menghormati dan menghargai perbezaan yang ada di antara suami dan isteri. Berusahalah untuk meluruskan pertentangan dan bersedialah berubah ke arah kebaikan.

Terima kasih tak terhingga pada sahabat-sahabat saya – Yunee, Najwa dan Ayu yang sangat banyak memberi panduan dan pandangan yang telus sewaktu saya dihadapkan dengan lamaran. Pesanan-pesanan mereka dan nasihat-nasihat keluarga jua teman lainnya menjadi pedoman untuk saya melangkah ke alam pernikahan.

Saya berfikir lama, sejauh mana kemampuan dan kesediaan saya untuk hidup dengan seseorang yang jauh berbeza latarbelakang dengan diri ini. Sejauh mana kesediaan bakal suami menerima saya kelak yang berbeza budaya hidup dengannya.

Namun saudaraku, di situlah Islam dengan kesempurnaannya datang menjadi pedoman berharga buat kita. Seluas manapun jurang latarbelakang keluarga dan kerjaya, Islam ada 'standard' akhlak islami. Seandainya diri berusaha memuliakan akhlak pada diri, insyaALLAH di daerah mana pun kita dicampakkan, kita mampu survive.

InsyaALLAH dengan akhlak islami, walau siapapun jodoh kita, kita mampu menjadi teman yang baik untuknya. Suami dengan akhlak islaminya pula layak dicintai isteri. Dengan akhlak islami, kita mampu mendorong suami dan ahli keluarga untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisiNYA.

Islam juga mengajar kita apakah hakikat penciptaan langit dan bumi, apakah sebenarnya tujuan kehidupan. Dari sedikit pengetahuan saya tentang bakal suami, hati saya tenang merasakan beliau adalah orang yang jelas dengan wawasan dunia dan akhirat. Sekalipun background kami berbeza, misi dan visi kehidupan yang seiring insyaALLAH membenarkan kami untuk melangkah sebagai suami dan isteri.

Saya 'join jemaah', suami saya tak 'join jemaah'..  inikah juga perkara yang menjadi pertimbangan kalian? Justeru, luaskanlah pemahaman tentang jemaah dan lain-lain aktiviti  berkaitan dakwah dan tarbiyyah. Seandainya kita memandang jemaah dan dakwah sebagai perkara yang memisah-misahkan kita dari suami, kita mungkin tidak melihat dakwah itu sebagai bahagian besar dari misi rumahtangga dan kehidupan.

Perkara sebegini bagi sebahagian orang akan mempengaruhi keputusan dan kehidupan alam perkahwinan, namun sekali lagi, adalah bagaimana kita mengurus perbezaan dengan kematangan dan kebijaksanaan. 

Apapun, inilah perkongsian pandangan peribadi saya dari singkatnya pengalaman menjadi isteri dan pelajar  universiti kehidpan.

Saya semakin mengerti bahawa perkahwinan sesungguhnya satu proses belajar yang panjang. Saya kini sedang belajar dari suami dan rumahtangga yang dibina, bagaimana saya boleh menjadi isteri yang lebih dicintai ALLAH dan suami. Saya juga percaya bahawa suami yang saya hormati dan kasihi sedang melalui tempoh belajarnya untuk menjadi suami yang lebih baik kepada dua isterinya.

 Ayuh kita indahkan peribadi dengan akhlak islami..!

Ayuh kita tabahkan hati belajar menjadi isteri yang lebih baik dan lebih baik!

 

 

Posted at 10:24 pm by nur_syauqeena

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry