|
|
NURUL ADNI ADNAN
UMMU MUSA
TARBIYYAH YANG INDAH
kehidupan di dunia Cabaran dan dugaan mendewasakan usia Rintangan dilalui tambah pengalaman diri Sudah sunnah ketetapan ilahi Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Begitu indah dunia Pulanglah kepada tuhan
Sabar menempuh jalan
sayang tuhan janjinya pasti...;)
mengharap senang dalam berjuang
bagai menunggu rembulan ditengah siang
jalan nya tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
![]() < "milikilah,jadilah... seindah hiasan dunia sebaik kejadian di bumi pencipta... dialah, wanita solehah yang redha ALLAH sebagai tuhan yang redha ISLAM sebagai agama yang redha MUHAMMAD sebagai rasulnya"
|
wahai diri..mulalah. bermula semula~ “Ya ALLAH, aku memohon kerinduan untuk bertemu dengan MU.. Ya ALLAH hiasilah kami dengan hiasan iman, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang diberi petujuk dan memberi petunjuk…” (Riwayat An-Nasaie)
Wahai hati, adakah merasa rindu kepadaNYA? Wahai hati, adakah ingin pada perhiasan lainnya..atau inginkan perhiasan iman..? Wahai hati.. adakah hatimu kau gilap untuk memberi petunjuk pada orang lain..? Cuti raya tidaklah panjang mana, namun cuti yang turut mencutikan halaqahku, sedikit sebayak memudarkan semangat fastabiqul khairot. Hati ini tak kuat dalam sendiri. Hati jua rasa sepi dalam keramaian, hati dicuit-cuit kesedihan dalam berkecukupan. Kerana apa..? Kerana hati tidak disentuhkan dengan kasih sayang tuhan. Hati yang tidak diperingatkan dengan keikhlasan, kerberterusan amal soleh dan tujuan kehidupan. RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) Pertemuan di majlis zikir petang tadi begitu bermakna, lantaran kebelakangan ini hati yang di dalam dadaku ini kurang berzikir. Terima kasih adik-adikku yang berkongsi rasa hati, berkongsi nasihat yang mengecas hati yang layu lesu ini. Seorang sahabat menghantar sms, meminta dirinya diberi nasihat.. Duhai teman, tidak terungkap lafaz nasihat dari hati yang rapuh tanpa sokongan ruhiyyah. Sanubari ini jua perlu nasihat. Marilah kita bersama bermula.. Menghidupkan iman dengan solat malam, tilawatul quran, mentadabbur ayat-ayatNYA dengan penuh perasaan, mari kita bersihkan hati agar mampu kita sebarkan kebenaran dalam kasih sayang dan kesabaran. Duhai teman, ruhiyah ini kita persiapkan terlebih dahulu dalam langkah menyeru kepada tuhan, jika tidak, tak Ayuh teman, setelah jatuh, kita bermula semula. Hidup ini perjalanan.. tempat mengumpul bekalan dan kebaikan.. menghadapNYA yang menjadi saksi atas setiap apa yang kita kerjakan.. Di Baikilah dirimu dan ajaklah orang lain memperbaiki diri Posted at 08:14 pm by nur_syauqeena
|